Thursday, August 6, 2009

Syarat Sah Solat Jamaah

Ustaz Ishak Din

Tarikh: 20.5.2009 ; 17. 6. 2009 ; 05.8.2009
Ustaz telah menerangkan syarat-syarat sah solat berjamaah ini secara-cara beransur-ansur pada tarikh-tarikh di atas.

Syarat-syarat sah Solat Jamaah bagi solat-solat Waktu
Apakah syarat-syarat sah solat berjamaah?
Syarat-syarat sah solat jemaah adalah:
  1. Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.
  2. Makmum mengemudiankan kedudukan, bacaan dan per-buatan daripada imam.
  3. Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat ataupun mendengar imam ataupun melihat makmum di hadapannya.
  4. Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.
  5. Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah lapang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.
  6. Solat makmum perlu muafakat ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.
  7. Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.
  8. Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu orang tidak tahu membaca, perempuan dan sebagainya.
  9. Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmum kepada imam yang lain.
  10. Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dua rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur atau pun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.


Tarikh: 4. 2. 2009

Dalam kita mengerjakan Ibadah hendaklah ada dengan syarat-syaratnya.
Ada 4 syarat yang diberikan oleh ustaz.
  1. Setiap abid/orang itu mestilah muslim. Sememangnya orang kafir itu jahat tetapi orang jahat tak semestinya kafir.
  2. Setiap orang mestilah mengetahui setiap teknik ibadat yang hendak dilakukan. Maka adalah wajib bagi setiap individu muslim menuntut ilmu.
  3. Setiap ibadat yang dibuat mesti ada nas (Sunnah Rasulullah S.A.W.)
  4. Setiap orang yang buat ibadat itu mestilah ikhlas.