Tuesday, November 24, 2009

Masjid Taman Kosas

Ini adalah masjid baru Taman Kosas berharga RM4 juta terletak di kawasan perumahan fasa 3 mula digunakan pada awal bulan Mac 2008. Pada 15 April 2007 satu majlis penentuan arah kiblat telah diadakan  dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pembinaan masjid ini hanya mengambil masa 10 bulan untuk siap sepenuhnya iaitu pada 12 Februari 2008. Masjid ini boleh menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu-satu masa. Majlis penyerahan bangunan masjid telah diadakan pada hari Jumaat 7 Mac 2008. Manakala solat Jumaat pertama diadakan pada 23 Mei 2008. (Gambar ini di ambil pada 24 Nov 2009)





View Masjid Taman Kosas in a larger map

Sebuah lagi masjid  terletak di fasa 2 iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1992 yang  berasal daripada sebuah rumah dan sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah perempuan yang ingin melihat sebuah tempat ibadat masyarakat Islam wujud di Taman Kosas.
Hasil daripada usaha gigih penduduk di situ, bermula dari sebuah surau akhirnya Masjid Fatimah az-Zahra telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk diadakan solat Jumaat.
Apa yang menarik, sepanjang masjid ini beroperasi, segala perbelanjaan pengurusan termasuk gaji untuk Imam dan bilal dibayar melalui hasil infak jamaah dan orang ramai serta tidak pernah mendapat bantuan daripada jabatan agama.

Sekarang dewan solat Masjid ini telah diperbesarkan dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.
(gambar di atas adalah gambar terbaru dan di bawah pada tahun 2008)