Saturday, December 12, 2009

Solat-solat Sunat

Solat-solat sunatPerlaksanaan solat-solat sunat amat digalakkan selain dari solat-solat fardhu.

1. Sunat Rawatib - solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis: Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang terdapat sebanyak 300 tasbih, dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam. Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, dan 10 tasbih ketika sujud kedua. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat - solat

No comments: