Wednesday, February 3, 2010

Kuliah Tauhid 1431/2010

Ustaz Ishak Din
Kitab: Permasalahan Aqidah Tauhid (Rabu)

Tarikh: 17. 3. 2010 (1 RabiulAkhir 1431)

Perempuan-perempuan yang diharamkan berkahwin.




Tarikh: 3. 3. 2010 (17 RabiulAwal 1431)

Ustaz menerangkan beberapa sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW.

Berikut adalah lima sifat-sifat terpuji Rasulullah S.A.W. yang wajib kita ikuti:

Sifat-sifat Terpuji Rasulullah

  1. Amanah dalam semua urusan
  2. Berkata benar dalam segala hal




Tarikh: 3. 2. 2010 (19 Safar 1431)

MENGENAL ALLAH

Bahawa Allah itu adalah nama bagi satu zat yang wajibul wujud, yang wajib disembah, yang mencipta segala-galanya. (ms: 15)

Adakah Allah itu tuhan? Ya, tetapi tuhan itu tidak semestinya Allah. Selain daripada Allah ialah Alam (makhluk). Ada pun manusia (dan malakait, jin) adalah hamba Allah kerana mereka adalah mahkluk yang berakal dan haiwan itu bukanlah hamba bahkan mereka hanyalah makhluk Allah SWT.

Di bawah adalah petikan daripada Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

MA'RIFAT atau mengenal Allah mengikut istilah ilmu ini ialah pengertian
tegas dan yakin serta betul dengan apa yang sebenar menerusi dalil. Apabila
dianalisakan takrif ini ternyatalah ianya mengandungi beberapa syarat
penting seperti berikut :

1. Pengertian tegas dan yakin ini bertujuan untuk mengeluarkan pengertian di
peringkat syak wasangka (Zan), kerana syak adalah pengertian yang berat
kepada tidak, manakala Zan pula berat kepada ada. Walau bagaimanapun
keduanya tidak merupakan pengertian yang tegas dan putus.

2. Betul dengan apa yang sebenar pula bertujuan untuk mengeluarkan
pengertian-pengertian yang menyelahi dengan yang sebenar, seperti iktikad
orang-orang Kristian tentang Tuhan terbentuk dari tiga dan Isa anak Allah.
Walaupun iktikad-iktikad ini memang tegas dan yakin di sisi mereka tetapi
tidaklah betul mengikut yang sebenarnya. Oleh itu tidaklah dinamakan
ma'rifat atau pengenalan mengikut takrif ini.

3. Menerusi dalil pula bertujuan mengeluarkan pengertian yang cukup kepada
dua syarat di atas tanpa berpegang kepada dalil seperti keyakinan yang hanya
di dapati dengan mengikut orang lain secara buta tuli (taklid) sahaja. Ini
juga tidak dinamakan pengenalan atau ma'rifat.

Untuk perbincangan selanjutnya boleh didapati dalam forum Darul Nu'man, klik pada link berikut. AQIDAH MUKMIN

No comments: