Friday, June 25, 2010

Aktiviti Masjid dibulan Rejab

Aktiviti masjid-masjid sekitar Ampang dalam bulan Rejab.

Masjid Bukit Indah
Forum Perdana
20 Jun 2010 (8 Rejab 2010)


Masjid Fatimah Az-Zahra' (Taman Kosas)
Wacana Semasa : JUDI DAN ZIONIS
Pada 22 Jun 2010 (10 Rejab 1431)





















Masjid Al-Azim (Pandan Indah)
3 - 5 Jul 2010 (21 - 23 Rejab 1431)

Wednesday, June 16, 2010

JENIS SOLAT-SOLAT SUNAT

UST ISHAK DIN
Kuliah selepas Maghrib pada 2.6.2010 dan 16.6.2010 ustaz memberi penjelasan berkaitan jenis solat-solat sunat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis.
  1. yang mempunyai waktu
  2. yang tidak mempunyai sebab
  3. yang tidak mempunyai waktu dan sebab
I. Solat-solat sunat yang mempunyai waktu
  1. Solat sunat rawatib - Solat yang mengiringi solat fardu (makna rawatib)
  2. Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis,
    i - Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum mendirikan solat fardu)
    ii - Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas menunaikan solat fardu)
  3. Solat Witir (Ganjil)
  4. dilakukan selepas solat Isya'
  5. Solat Tahajud
  6. golongan solat yang didirikan pada waktu malam
  7. Solat Dhuha
  8. waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  9. Solat Tarawih
  10. Solat tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan waktunya di antara ‘Isya’ dan Subuh dan sebelum witir.
  11. Solat pada dua hari raya
    i - Aidil fitri (raya fitrah) dilakukan lewat sedikit
    ii - Aidil adha (raya qurban) diawalkan solatnya
II. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab
  1. Solat Tahiyatul Masjid
  2. Solat menghormati masjid. Dilakukan bila-bila masa sebab masuk masjid (sebab terdahulu) iaitu masuk dahulu ke dalam masjid sebelum duduk kecuali Masjidil Haram.
  3. Solat Sunat Ihram
    Sebab terkemudian, dilakukan selepas terbit matahari sebelum Asar.
  4. Solat Sunat Kahwin (nikah)
    Sebab terdahulu boleh dilakukan selepas Asar.
  5. Solat Sunat Gerhana
    Sebab terdahulu.
  6. Solat Sunat Wuduk
    Sebab terdahulu.
III. Solat-solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab
  1. Solat sunat tasbih
  2. Solat sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siang
Waktu yang diharamkan solat (ada 5)
  1. Selepas solat Subuh
  2. Waktu syuruk (terbit matahari)
  3. Waktu matahari tegak
  4. Selepas solat Asar
  5. Waktu matahari terbenam
  1. Solat yang tidak boleh dilakukan pada waktu di atas ialah solat-solat sunat yang mempunyai sebab terkemudian.
  2. Solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat Tasbih

Wednesday, June 9, 2010

Kursus Kesempurnaan Solat

Kursus Kesempurnaan Solat/Tahsinul Solat
Pada 5 & 6 Jun (2 hari 1 malam) untuk remaja berusia 13 tahun ke atas.
Anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Taman Kosas.
Rasional kursus ialah memberi pendedahan bagi meningkatkan kefahaman mengenai perlaksanaan solat secara teori dan pratikal dan kelebihannya di dalam membina syakhsiah diri yang sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.