Wednesday, June 16, 2010

JENIS SOLAT-SOLAT SUNAT

UST ISHAK DIN
Kuliah selepas Maghrib pada 2.6.2010 dan 16.6.2010 ustaz memberi penjelasan berkaitan jenis solat-solat sunat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis.
  1. yang mempunyai waktu
  2. yang tidak mempunyai sebab
  3. yang tidak mempunyai waktu dan sebab
I. Solat-solat sunat yang mempunyai waktu
  1. Solat sunat rawatib - Solat yang mengiringi solat fardu (makna rawatib)
  2. Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis,
    i - Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum mendirikan solat fardu)
    ii - Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas menunaikan solat fardu)
  3. Solat Witir (Ganjil)
  4. dilakukan selepas solat Isya'
  5. Solat Tahajud
  6. golongan solat yang didirikan pada waktu malam
  7. Solat Dhuha
  8. waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  9. Solat Tarawih
  10. Solat tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan waktunya di antara ‘Isya’ dan Subuh dan sebelum witir.
  11. Solat pada dua hari raya
    i - Aidil fitri (raya fitrah) dilakukan lewat sedikit
    ii - Aidil adha (raya qurban) diawalkan solatnya
II. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab
  1. Solat Tahiyatul Masjid
  2. Solat menghormati masjid. Dilakukan bila-bila masa sebab masuk masjid (sebab terdahulu) iaitu masuk dahulu ke dalam masjid sebelum duduk kecuali Masjidil Haram.
  3. Solat Sunat Ihram
    Sebab terkemudian, dilakukan selepas terbit matahari sebelum Asar.
  4. Solat Sunat Kahwin (nikah)
    Sebab terdahulu boleh dilakukan selepas Asar.
  5. Solat Sunat Gerhana
    Sebab terdahulu.
  6. Solat Sunat Wuduk
    Sebab terdahulu.
III. Solat-solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab
  1. Solat sunat tasbih
  2. Solat sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siang
Waktu yang diharamkan solat (ada 5)
  1. Selepas solat Subuh
  2. Waktu syuruk (terbit matahari)
  3. Waktu matahari tegak
  4. Selepas solat Asar
  5. Waktu matahari terbenam
  1. Solat yang tidak boleh dilakukan pada waktu di atas ialah solat-solat sunat yang mempunyai sebab terkemudian.
  2. Solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat Tasbih

No comments: