Sunday, October 31, 2010

Kuliah pertama Ust Ramli

Gambar dari blog Surau Al-Amin

Mengikut jadual, kuliah Maghrib sepatutnya disampaikan oleh Ust Hadi Talha (jadual-kuliah-oktober). Disebabkan ustaz tidak dapat hadir maka kekosongan ini telah di isi oleh Ust Ramli Abu Bakar*.

Ceramah ustaz adalah berkaitan dengan soalan Rasulullah SAW kepada iblis. Allah S.W.T telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan. Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya "Berapa banyakkah temanmu dari umatku?" Pada kesempatan masa ini ustaz hanya menerangkan 2 daripada 10 golongan teman iblis tersebut iaitu hakim yang tidak adil dan orang kaya yang sombong. InsyaAllah jika diizinkan Allah, lapan golongan lagi tu akan dijelaskan dipertemuan yang akan datang.
 
Gambar dari blog bintudaud



*Yang berbahagia Ustaz Ramli merupakan Mudir Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz Ibnu Hajar , Kg Serting Tengah, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

No comments: