Sunday, October 24, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

"Jangan tertipu dengan umur yang muda, bahawa mati bukan syaratnya tua dan jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati bukan syaratnya sakit"...kata-kata hikmah dari Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Masjid ini pada hari Ahad (24.10.2010) bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 ptg. Kursus di pimpin oleh ust. Abd Hamid Abd Ghani dari Jabatan Islam Wilayah Persekutuan. Kursus di bahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah teori pengurusan jenazah dan pada sesi kedua pula kaedah praktikal mengkafankan mayat dan solat jenazah.

Kursus ini terbuka kepada semua jemaah dan anak kariah Taman Kosas dengan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja.

8:30   - Pendaftaran/sarapan pagi
8:45   - Pengenalan kursus
9:00   - Syarahan mengenai kematian dan pengurusan jenazah (persembahan slide show)
12:30 - Kemusykilan/soal jawab
12:45 - Makan tengah hari dan Solat Zuhur
14:00 - Pengisian secara praktikal (2 kumpulan muslimin dan muslimat)
16:30 - Solat Asar dan bersurai

No comments: