Saturday, January 29, 2011

Kuliah Ust M Razi Asror

28.1.2011 (Jumaat)
23 Safar 1432
Kuliah Maghrib Kitab Hidayatul Solikin
m.s. 123 : hari raya daripada beberapa hari raya sekelian mukmin iaitu hari yang mulia sesungguhnya menentukan Allah azawajala dengan diam.s. 122 : Ini satu pasal pada menyatakan adab Jumaat kata Imam Al-Ghazali ertinya ketahuilah olehmu bahawasanya hari Jumaat itu satu

Thursday, January 27, 2011

Kelebihan Ilmu

10 JAWAPAN ALI KEPADA KAUM KHAWARIJ
TENTANG KELEBIHAN ILMU

Suatu hari puak khawarij ingin menguji Sayidina Ali Abi Talib setelah mereka mendengar hadis yang mengatakan : “Aku adalah gedung ilmu, Ali pintunya”. Lalu mereka berpakat untuk bertanya Ali tentang ilmu berbanding dengan harta. Jika Ali memberi jawapan yang berbeza, ternyatalah keilmuan Ali.

Manakah lebih baik antara ilmu dengan harta:
  1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu adalah pusaka Anbiya, tetapi harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menjaga dirinya, tetap: harta perlu dijaga oleh tuannya.
  3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menyebabkan ramai kawan, tetapi harta menyebabkan banyak musuh.
  4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika diajar kepada manusia akan semakin bertambah, tetapi harta jika diberi kepada manusia akan semakin berkurangan.
  5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak menyebabkan seseorang itu menjadi mulia, tetapi harta yang banyak boleh menyebabkan bakhil.
  6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu tidak dicuri, tetapi harta boleh dicuri / takut dicuri.
  7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu akan menjadi syafaat / menolong tuannya pada hari akhirat, tetapi harta akan dihisab di akhirat.
  8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika dibiarkan lama tidak rosak, tetapi harta akan rosak.
  9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak akan menyebabkan hati manjadi lembut dan tawaduk, tetapi harta yang banyak menyebabkan hati jadi keras dan angkuh.
  10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu mewujudkan sifat kehambaan, iaitu menyebabkan seseorang menjadi hamba yang baik, takut untuk membuat benda-benda buruk / maksiat, tetapi harta akan menyebabkan seseorang itu rakus dan lupa kepada Allah / lupa tanggunggjawab.

Disusun oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
Petikan daripada laman Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching.

Wednesday, January 19, 2011

Kuliah Maghrib Ust Ishak Din

19.1 2011
KELEBIHAN ILMU
Belajar atau menuntut (mencari) ilmu itu adalah kewajipan bagi setiap muslim. Ini berdasarkan kepada ayat pertama hingga keempat dalam Surah Al-Alaq. Sesungguhnya tidak ada majlis yang lebih baik, penting dan utama melainkan majlis ilmu.

Berikut adalah 4 perkara berkaitan dengan kelebihan ilmu yang dibincangkan oleh ustaz dalam mukadimah kuliah beliau malam ini.
Kelebihan Ilmu
1. Ilmu paling berharga tetapi tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.
2. Ilmu sentiasa menjaga dan memelihara tuan sebalinya harta perlu dijaga.
3. Ilmu lagi banyak dibelajar makin bertambah sedang harta akan berkurangan.
4. Ilmu adalah pusaka nabi tetapi harta adalah pusaka Qarun.

Kaitan hadis  10 JAWAPAN ALI KEPADA KAUM KHAWARIJ TENTANG KELEBIHAN ILMU

Kaitan hadis Aku Adalah Kota Ilmu Sedangkan ‘Ali Adalah Pintunya

5. 1. 2011
BAHAYA MURTAD / AKIBAT BURUK ORANG MURTAD
  • Terpisah atau tercerai diantara suami isteri (hubungan suami isteri terfasakh)
  • Tidak boleh pusaka mempusakai (haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam)
  • Membatal semua ibadat yang dibuat (haram dikebumikan diperkuburan Islam)
  • Tempatnya adalah neraka berkekalan (menjadi penghuni neraka selama-selamanya)
Keterangan dalam kurungan di ambil dari laman Sabah Edu.Net

PERMASALAHAN AQIDAH TAUHID
Apakah itu tauhid?
Apa makna tauhid?
Apakah ilmu akidah?
Apakah itu ilmu makrifat?
Semua persoalan di atas telah diterangkan oleh ustaz.

Friday, January 14, 2011

Mesyuarat Agung Masjid

 الحمد لله, mesyuarat telah dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan dan berakhir pada 11.50 pagi. Syabas kepada pihak AJK yang telah berusaha dengan gigih dan berjaya untuk merealisasikan segala sasaran dan matlamat masjid yang telah dirancang.

Chart 1. Pendapatan

Sumber pendapatan masjid tertinggi adalah daripada sumbangan jemaah, kutipan Ramadhan dan MAIS iaitu lebih seratus ribu ringgit. Jumlah kutipan dan bayaran yang melebihi tiga puluh ribu ringgit adalah hasil daripada aktiviti seperti kursus, program kesihatan, ibadah qurban dan juga daripada JAIS dan PAID. Hasil tabung datang daripada peruntukan pembangunan dan dakwah.

Chart 2. Perbelanjaan

Peruntukan gaji dan elaun bagi Imam dan Bilal merupakan perbelanjaan yang tertinggi iaitu hampir enam puluh ribu ringgit. Saguhati bagi penceramah yang sentiasa istiqamah memenuhi jadual kuliah-kuliah Maghrib dan  Subuh juga memerlukan perbelanjaan yang besar.

Tuesday, January 11, 2011

Kitab Bidayatul Hidayah

11.1.2011 - 6 Safar 1432 (Selasa)
Kuliah Maghrib
Ust. Fazlul Rahimi

Pada malam ini ustaz memperkenalkan satu kitab bernama Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali. Secara ringkas ustaz memberitahu latar belakang Imam al Ghazali Rahimahullah dan mengapa beliau dipanggil dengan gelaran Hujjatul Islam. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ghazali dan digelar Al-Ghazali sempena nama kampung tempat kelahirannya. Imam Al-Ghazali merupakan seorang ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang telah menghasilkan banyak kitab yang sangat berharga buat umat Islam seluruhnya.
Kuliah diteruskan dengan pembacaan mukadimah kitab ini.




























Kitab ini di beli di gerai buku dekat pasar Chukai Kemaman, Terengganu hari Ahad 21.11.2010 (14 Zulhijjah 1431).

Saturday, January 1, 2011

Jadual Kuliah Januari/Safar

HARI Hj KULIAH PENCERAMAH TOPIK/KITAB
1 Sabtu 26 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
2 Ahad 27 Subuh Ust Surizal Abd. Rahim Penawar bagi hati


Maghrib Ust Amran Talib Fiqh Sirah
3 Isnin 28 Maghrib Ust Zia ul Haq Mauzatul Mukminin
4 Selasa 29
Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
5 Rabu 30 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
6 Khamis 1 Maghrib Bacaan Yassin Ust Nazeri Mustapha
7 Jumaat 2 Khutubah Ust Mohd Ghoffur



Maghrib Ust Idris Ahmad Umum
8 Sabtu 3 Subuh - -



Maghrib Ust Mohd Ghoffur Hadis 40
9 Ahad 4 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam



Maghrib Ust Taib Azimuddin Umum
10 Isnin 5 Maghrib Ust Ahmad Subki Tawjid Quran
11 Selasa 6 Maghrib Ust. Fazlul Rahimi  Amalan Zikir dan Doa
12 Rabu 7 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
13 Khamis 8 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Mohd Ghofur
14 Jumaat 9 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust M. Razi Asror *Ust Nazeri Mustapha
15 Sabtu 10 Subuh Ust Amaran Talib Bustanul Arifin



9 pg. Mesyuarat Agong



Maghrib Ust M. Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
16 Ahad 11 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum


Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah A. Sunnah Wal Jamaah
17 Isnin 12 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus Pedoman mati
18 Selasa 13 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Riyadusalihin
19 Rabu 14 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
20 Khamis 15 Maghrib Bacaan Ya'sin
21 Jumaat 16 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
22 Sabtu 17 Subuh Ust Dr Shafawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Ilmu dan Ulama
23 Ahad 18 Subuh USt Dr Safawi Che Mat Adap Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
24 Isnin 19 Maghrib Ust Ahmad Subki Osman Tajwid Al-Quran
25 Selasa 20 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
26 Rabu 21 Maghrib UstNazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
27 Khamis 22 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust. M. Ghaffor Daud
28 Jumaat 23 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
29 Sabtu 24 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguan



Maghrib Ust Ahmad Shukri Umum
30 Ahad 25 Subuh Ust Surizal A Rahim Penawar Bagi Hati



Maghrib Ust Dr Safawai Che Mat Adap Sopan dalam Islam
31 Isnin 26
Maghrib Ust Safwan Sazili Umum
*Ganti ustaz yang tidak dapat hadir