Tuesday, January 11, 2011

Kitab Bidayatul Hidayah

11.1.2011 - 6 Safar 1432 (Selasa)
Kuliah Maghrib
Ust. Fazlul Rahimi

Pada malam ini ustaz memperkenalkan satu kitab bernama Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali. Secara ringkas ustaz memberitahu latar belakang Imam al Ghazali Rahimahullah dan mengapa beliau dipanggil dengan gelaran Hujjatul Islam. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ghazali dan digelar Al-Ghazali sempena nama kampung tempat kelahirannya. Imam Al-Ghazali merupakan seorang ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang telah menghasilkan banyak kitab yang sangat berharga buat umat Islam seluruhnya.
Kuliah diteruskan dengan pembacaan mukadimah kitab ini.




























Kitab ini di beli di gerai buku dekat pasar Chukai Kemaman, Terengganu hari Ahad 21.11.2010 (14 Zulhijjah 1431).

No comments: