Saturday, April 30, 2011

Kuliah Dhuha dan Forum Perdana

Terdapat dua majlis ilmu diadakan pada hari yang sama tetapi pada masa dan tempat yang berasingan.

Kuliah Dhuha di Masjid Fatimah Az-Zahra, pukul 10:00 pagi pada hari Sabtu 27 Jamidil Awal 1432.

Di sampaikan oleh Ustaz Zakaria Ahmad dengan menggunakan kitab Idaman Penuntut.

Pada kali ini Ustaz membicarakan bab Rukun Sembahyang (ms 24 - 28).







Ust. Zakaria Ahmad
Pada sebelah malam pula satu Forum Perdana akan diadakan di Masjid Taman Kosas iaitu selepas solat Isya' .


Sunday, April 17, 2011

PERINGATAN TENTANG MATI

KULIAH SUBUH
UST. IBRAHIM ZAKARIA
Ahad 14 April (13 Jamadil Awal 1432)
  1. Berkata Fudhalah bin Ubaid RA "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda "sesiapa yang beruban di dalam Islam dijalan Allah nescaya ianya akan menjadi cahaya di hari Qiamat nanti", lalu seorang lelaki mencelah; sesungguhnya ramai lelaki yang mencabut uban mereka, Baginda bersabda "Siapa yang mahu mencabut cahayanya dipersilakan", HR Al-Tabrani.
Ahad 20 Februari (17 RabiulAwal 1432)
  1. Abu Hurairah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda, ""Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang diperolehi oleh seseorang mu'min selepas kematianya ialah Ilmu yang diajar dan disebarkan, Anak soleh yang ditinggalkan, Quran yang diwariskan, Masjid yang dibinakannya, Rumah Ibnu Sabil (tumpangan musafir), Sungai yang dialirkannya, Sedakah yang dikeluarkan dari hartanya sewaktu dia masih sihat dan hidup. Kesemua akan diperolehi balasan pahalanya selepas matinya" (diriwayat oleh Ibnu Majah).



MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
(ibrahim_mtd07@yahoo.com)

Sunday, April 10, 2011

Ustaz bertukar tempat

Sedikit kekeliruan telah berlaku pada Kuliah Maghrib hari Ahad 10 April (6 JamadilAwal 1432)
Mengikut jadual kuliah Maghrib, penceramahnya adalah Ust Ahmad Syazili Abdullah. Walau bagaimana pun Ust Syazili telah tersesat (tersalah tempat) dan seterusnya telah menyampaikan ceramah di Masjid Bandar Baru Ampang. Oleh itu Ust Pauzi yang sepatutnya menyampaikan kuliah di masjid tersebut telah sanggup untuk menganti tempat Ust Syazili di Masjid Taman Kosas.
Ust Pauzi Abdul Kadir (gambar kanan) merupakan Timbalan Nazir Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam dan ini adalah kali yang pertama beliau berceramah di sini.

Tajuk ceramah beliau berkaitan membaca Isti'azah ketika memulakan bacaan al-Quran. Ini berdasarkan gesaan yang terdapat di dalam al-Quran supaya membaca Isti‘azah ketika memulakan bacaan al-Quran. Firman Allah s.w.t: -




(Surah An-Nahl; Ayat 98) maksudnya: “Apabila kamu hendak membaca al-Quran, maka pohonlah pelindungan dari syaitan yang direjam”.
Lafaznya yang paling masyhur ialah: 


Terdapat beberapa jenis lafaz isti‘azah atau ta‘auwudz sebagaimana menurut para ulama di kalangan ahli fiqh dan ahli qiraat. Akan tetapi di antara lafaz isti‘azah yang masyhur ialah lafaz yang ertinya : "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Wednesday, April 6, 2011

Arkib nota kuliah Maghrib Ust. Fazlul Rahimi

Ini merupakan nota ringkas kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust. Fazlul Rahimi pada 10 Feb., 2009 (Selasa).
Ingatan ustaz berkaitan satu hadis Nabi SAW berkaitan empat kalimah yang kita amal
  1. Kalimah Tauhid "LAILAHAILLALLAH"
  2. Kalimah Syukur "AlhamduliLlah" (الحمد لله)
  3. Kalimah Istifar
  4. Kalimah Istirja’ “Innaa Lillahi wainnaa ilaihi Rooji’uun”

Sunday, April 3, 2011

Kitab Mau'izzatul Mukmin Min 'Ihya Ulumiddin

Ustaz Ziaul Haq
Kuliah Maghrib
Isnin Minggu Pertama
Catitan 7.12.2009
PASAL TAUBAT
Dosa besar dan dosa kecil.
Anggaplah semua dosa itu dosa besar
lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Dosa yang paling besar iaitu syirik [Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.] - Surah An-Nisa Ayat 48.
Syirk boleh berlaku pada 3 perkara.


Friday, April 1, 2011

Jadual April/JamadilAwal

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Jumaat 27 Khutbah Ust Nazeri Mustapha Merokok


Maghrib Ust Ahmad Shukri Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman
 2 Sabtu 28 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya


Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 3 Ahad 1 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

8.30pg
Dhuha Ustz Hjh Rosnah Yasis Kuliah untuk Muslimat



Maghrib Ust Kazim
Video ceramah
 4 Isnin 2 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 5 Selasa 3 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 6 Rabu 4 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 7 Khamis 5 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Mohd Ghofur
 8 Jumaat 6 Khutubah Ust Mohd Ghaffor



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
9 Sabtu 7 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust M. Ghoffur Daud Hadis 40
10 Ahad 8 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam

9.00pg
Dhuha Ust Yusof Embong Kuliah Dhuha Bulanan



Maghrib *Ust Ahmad Shyazili Umum
11 Isnin 9 Maghrib Ust Ahmad Subki Tawjid Al-Qur'an
12 Selasa 10
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
13 Rabu 11 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
14 Khamis 12 Maghrib Bacaan Yaasin Hj Ismail
15 Jumaat 13 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
16 Sabtu 14 Subuh Ust Imran Al Malizi Umum



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
17 Ahad 15 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib *Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
18 Isnin 16 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
19 Selasa 17 Maghrib Ust Mohd Ghaffor Riyadhussolihin
20 Rabu 18 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
21 Khamis 19 Maghrib Bacaan Yaasin Ust Mohd Ghaffor Daud
22 Jumaat 20 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
23 Sabtu 21 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
24 Ahad 22 Subuh Ust Abu Zar Mamat Umum



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
25 Isnin 23
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
26 Selasa 24
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
27 Rabu 25
Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
28 Khamis 26
Maghrib Bacaan Yaasin
29 Jumaat 27
Khutbah Ust Mohd Ghaffor



Maghrib Ust -
30 Sabtu 28
Subuh UstAhmad Awang Mantan YDP PUM



Maghrib FORUM PERDANA
________________________________________________________
* 10 & 17 - Kuliah Maghrib diganti oleh Ust Pauzi Abd Kadir

IKIM FM - 91.5 FM Kuala Lumpur