Tuesday, June 14, 2011

Sifat-sifat huruf

Tajwid Al-Quran
Ust. Ahmad Subki Osman
Isnin, Minggu kedua dan keempat

Pembelajaran berkaitan sifat-sifat huruf yang bermula dari 10.5.2010 telah pun selesai pada 25.4.2011.

Sifat-sifat huruf ada 17 semuanya (pendapat mazhab Ibn Al-Jazari seorang ahli qiraat yang sangat terkenal) dan dibahagikan kepada 2 bahagian.
  1. Sifat-sifat berlawanan (5 pasangan yang berlawanan)
  2. Sifat-sifat tunggal (7 tidak berlawanan)
Sifat-sifat berlawanan
  1. Al-Jahr lawannya Al-Hams
  2. Asy-Syiddah lawannya Ar-Rakhawah
  3. Al-Isti'la' lawannya Al-Istifal
  4. Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
    • Itbaq menurut bahasa menutup atau mendempik.
    • Menurut istilah Ilmu Tawjid semasa menyebut hurufnya melengkung keliling lidah kelangit-langit.
    • Hurufnya ada 4 :  ص ,ض ,ط ,ظ
    • Semuanya dari jumlah huruf yang bersifat Isti'la' dan sifat bacaannya lebih kuat dari huruf Isti'la' iaitu sebanyak 7 huruf, iaitu tiga huruf lagi;   خ ,غ ,ق
    • Infitah bermaksud membuka. Menurut istilah tawjid semasa menyebut hurufnya hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit. Hurufnya ada 25. Tidak semua huruf bersifat infitah bersifat istifal (merendah) iaitu huruf qaf, kha' dan ghain dimana ketiga-tiga huruf ini bersifat infitah tetapi tidak bersifat istifal.
  5. Al-Izlaq lawannya Al-Ismat
Sifat-sifat tunggal
  1. As-Safir (Bersiul atau bedesir)
  2. Al-Qalqalah 
    • Qalqalah Sughra (kecil) 
    • Qalqalah Kubra (besar)
  3. Al-Lin
  4. Al-Inhiraf
  5. At-Takrir
  6. At-Tafasysyi
  7. Al-Istitalah

Sifat-sifat kuat dan lemah

No comments: