Friday, August 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26 Ogos (malam ke 27 Ramadan). Terdapat 3 kategori iaitu lelaki dewasa, remaja dan muslimat. Pada malam tersebut pihak masjid menyampaikan bantuan kepada fakir miskin.

Thursday, August 25, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran

Tip ini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik yang ringkas, kita dapat mengetahui muka surat bagi setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 14 di halaman ke berapa:
14-1 = 13, 13 perlu didarab dengan 2 jadi 13 x 2 = 26. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 14 adalah pada halaman 262 (lihat gambar di atas) iaitu surah yang ke 15 - Surah Al-Hijr

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.

Sumber dari: blog anakmuaallaf

List of Juz in the Holy Qur'an
So you ask... what are the Juz (or Goz2) in the Holy Qur'an, where can I get a list of them? Here is a comprehensive list of the Juz (plural ajiza) in the Qur'an -
 Juz’ 1 – Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141
     Juz’ 2 – Al Baqarah 142 - Al Baqarah 252
     Juz’ 3 – Al Baqarah 253 - Al Imran 92
     Juz’ 4 – Al Imran 93 - An Nisaa 23
     Juz’ 5 – An Nisaa 24 - An Nisaa 147
     Juz’ 6 – An Nisaa 148 - Al Ma’idah 81
     Juz’ 7 – Al Ma’idah 82 - Al An’am 110
     Juz’ 8 – Al An’am 111 - Al A’raf 87
     Juz’ 9 – Al A’raf 88 - Al Anfal 40
     Juz’ 10 – Al Anfal 41 - At Tauba 92
     Juz’ 11 – At Tauba 93 - Hud 5
     Juz’ 12 – Hud 6 - Yusuf 52
     Juz’ 13 – Yusuf 53 – Ibrahim 52
     Juz’ 14 – Al Hijr 1 – An Nahl 128
     Juz’ 15 – Bani Isra’il 1 - Al Kahf 74
     Juz’ 16 – Al Kahf 75 – Ta Ha 135
     Juz’ 17 – Al Anbiyaa 1 - Al Hajj 78
     Juz’ 18 – Al Muminun 1 - Al Furqan 20
     Juz’ 19 – Al Furqan 21 - An Naml 55
     Juz’ 20 – An Naml 56 - Al Ankabut 45
     Juz’ 21 – Al Ankabut 46 - Al Ahzab 30
     Juz’ 22 – Al Ahzab 31 - Ya Sin 27
     Juz’ 23 – Ya Sin 28 - Az Zumar 31
     Juz’ 24 – Az Zumar 32 - Fussilat 46
     Juz’ 25 – Fussilat 47 - Al Jathiya 37
     Juz’ 26 – Al Ahqaf 1 - Az Zariyat 30
     Juz’ 27 – Az Zariyat 31 - Al Hadid 29
     Juz’ 28 – Al Mujadila 1 – At Tahrim 12
     Juz’ 29 – Al Mulk 1 - Al Mursalat 50
     Juz’ 30 – An Nabaa 1 - An Nas 6  

Friday, August 19, 2011

Tazkirah Ramadan malam ke20

Jumaat 19 Ramadan 1432 (19 Ogos 2011)
Ustaz Shukri Harun



Topik • Lailatul Qadr
Pengertian tentang maksud lailatul qadr iaitu bila mana kita berada pada fasa terakhir dalam bulan Ramadan iaitu pembebasan dari api neraka, bermakna kita juga sedang berada 10 malam yang terakhir. Malam kemuliaan atau Lailatul Qadar terdapat di dalam 10 malam terakhir iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr: 97 Ayat 3: لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ  Maksudnya: " Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan".
Ustaz juga membincangkan tentang tanda-tanda lailatul qadr sebagaimana sabda Rasulullah SAW., "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil."
Seterusnya ustaz menerangkan tentang amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan dengan kita menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api neraka.
Dalam bab permohonan dan doa, ustaz menegaskan semuanya akan Allah makbulkan terkecuali terhadap empat golongan manusia:


  1. Anak yang derhaka kepada ibu bapa

  2. Orang yang meminum arak

  3. Orang yang kekal dengan kemaksiatan

  4. Mereka yang memutuskan silaturahim

Ustaz juga menyentuh bab sedekah diantaranya sedekah itu juga boleh mengubati penyakit selain daripada menyucikan jiwa dari sifat tamak haloba kepada dunia.
Ustaz juga menyelitkan satu kisah di zaman Khalifah Harun Al Rasyid dengan seorang alim berkenaan dengan nilai kekayaan hanyalah segelas air kencing.

Monday, August 15, 2011

Tazkirah malam ke-15

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rifqi Myiddin mengantikan Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz.
Ustaz membawa topik doa-doa yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW diantaranya Anas bin Malik r.a. Kisah Anas berjumpa dengan gabenor di zaman Khilafah Umawiyyah iaitu al-Hajjaj. Tujuan al-Hajjaj memanggil Anas berjumpanya adalah untuk membunuh beliau kerana Anas merupakan penentang kuat pemerintahannya. Dari keberkatan amalan Anas, al-Hajjaj tidak mampu melakukan apa-apa terhadap Anas dan telah membebaskannya. Doa Anas ini terdapat dalam buku Wirid Ulama Muktabar yang disusun oleh Ustaz sendiri bersama dengan Ustaz Subki Abdul Rahman.
Ustaz juga mewar-warkan beberapa buah buku yang dibawa untuk dijual bagi tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Quraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Ust Muhammad Rifqi Myiddin bertugas sebagai guru di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor.

Tuesday, August 9, 2011

Fadilat doa serta selawat ke atas Nabi S.A.W.

  1. ANTARA adab berdoa; hendaklah menghadap kiblat, kerana doa adalah satu antara ibadah kepada Allah SWT.

  2. Berdoa pula dikehendaki angkat kedua-dua belah tapak tangan. Cara angkat tangan semasa berdoa ada pelbagai kaifiyat yang dibahaskan oleh para ulama.

  3. Mengikut Imam Ghazali r.a. ialah dengan mengangkat agak tinggi hingga kelihatan putih celah pangkal lengan.

  4. Selesai berdoa sayogia raup kedua tapak tangan ke muka, kerana menumt atsar Saiyidina Umar r.a. katanya: "Nabi s.a.w. apabila hulur tangan ke arah langit kerana berdoa, tidak diturunkan tangannya kecuali setelah diraupkan ke mukanya." 

  5. Abdullah ibnu Abbas r. anhuma pula berkata: "Nabi s.a.w. apabila berdoa beliau temukan kedua-dua tangannya, dan baginda jadikan kedua perut tangannya menghadap ke mukanya."

  6. Demikianlah kedudukan tangan ketika berdoa; ketika angkat kedua tapak tangan jangan memandang ke langit. Jika berbuat demikian seolah-olah Tuhan berada dilangit, sedangkan Allah SWT tidak bertempat.

  7. Adab berdoa yang seterusnya; ialah dengan suara yang sederhana di antara jahar (nyaring) dan sir (perlahan).

  8. Yang mustahak hendaklah kedengaran butir huruf, kerana segala perkataan itu hasil daripada gerakan bibir mulut dan lidah serta suara.

  9. Siti Aisyah ketika mentafsirkn ayat yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menyaringkan suara dalam solatmu dan janganlah merendahkannya, dan carilah jalan tengah di antara kedua-duanya." (Surah Al-Israa ayat 110)

  10. Yang dimaksudkan dengan solatmu ialah doa, kerana jika dimaksudkan itu solat, maka ia bercanggah dengan kedudukan solat malam Nabi s.a.w. yang dibaca'jahar' (nyaring), dan solat siang dengan'sir' (suara perlahan).

  11. Satu hujah lagi ialah dengan pujian Allah SWT terhadap Nabi Zakariya a.s. dalam al-Quran yang bermaksud: "(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba= Nya Zakariya, iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut." (Surah Maryam ayat 2 dan 3)

  12. Perkara yang dipuji Allah SWT ialah cara Nabi Zakariya berdoa dengan suara lembut, dia tidak menyaringkan suara ketika berdoa kerana yakin bahawa Allah SWT Yang Maha Mendengar terlalu dekat dengannya.

  13. Adab seterusnya janganlah berdoa dengan kalimah yang bersajak, sebaiknya berdoa yang berpunca daripada Nabi s.a.w. yang ma'tsurah.

  14. Tidak perlu bersusah payah mencipta doa sendiri, kerana yang hendak dipinta semuanya telah dipohonkan oleh Nabi s.a.w. Doa yang disusun oleh Nabi s.a.w. lebih teratur indah dan lebih sempurna.

  15. Kadangkala manusia meminta sesuatu lebih daripada kadar yang sepatutnya, kerana tidak semua orang pandai meminta.

  16. Oleh itu lebih afdal jika mengambil doa dari Rasulullah s.a.w., lebih selamat dan terjamin kesesuaiannya. Demikianlah perbincangan mengenai zikir dan doa.

  17. Kini masuk pula mengenai fadilat selawat ke atas Nabi s.a.w. Sebagaimana yang semua ketahui bahawa agama itu bergantung atas kayakinan seseorang kepada akhirat yang bemama syurga dan neraka.

  18. Adapun kaya dan miskin, senang dan derita kehidupan, tidak boleh jadi tanda ukur bahawa Allah SWT setuju atau sebaliknya.

  19. Kadangkala orang yang dikutuk Allah SWT, kehidupannya tetap senang clan mewah. Sebaliknya orang yang Allah SWT sayangi pula kehidupannya menderita.

  20. Selawat ke atas Nabi s.a.w. sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
    kepadanya." (Surah al-Ahzab ayat 56)

  21. Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) ke atas Nabi s.a.w. Justeru orang-orang beriman diseru supaya berbuat demikian juga.

  22. Menunjukkan berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu suatu dari ibadat yang sangat mulia, bukan saja dianjurkan oleh Allah SWT supaya manusia beriman melakukannya.

  23. Berselawat bukan saja dalam solat bahkan di luarnya, kerana Allah SWT dan malaikat-Nya juga telah berbuat demikian.

  24. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan umatku yang berselawat sekali ke atasku, Allah SWT akan tulis kepada orang itu sepuluh kebajikan."

  25. Sepuluh kebajikan bererti 10 pahala ganjaran, meskipun pahala itu tidak kelihatan bentuk dan sifatnya, tetapi pahala amat diperlukan oleh orang yang beriman di akhirat kelak.

  26. Sesiapa menghendaki pahala yang banyak, satu di antara caranya ialah beramal tanpa modal iaitu berselawat ke atas Nabi s.a.w.

  27. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang bagaimana bentuk cara berselawat ke atasmu?

  28. Sabda Nabi s.a.w, berkatalah dengan: "Allahumma solli 'ala muhammad 'abdika wa 'ala a-lihi wa azwajihi wa zurriyatihi kama sollita'ala Ibrahim wa a-li Ibrahim, wabarik'ala Muhammadin wa'ala a-lihi wa azwjihi wa zurriyatihi, kama barakta 'ala Ibrahim wa a-li Ibrahim innaka hamidun majid."

  29. Yang bermaksud: Ya Allah Tuhanku, sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan kaum keluarganya dan para isterinya dan keturunannya, sebagaimana kesejahtraan ke atas Nabi Ibrahim clan keluarganya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi diMuliai."

______________________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
FIKRAH • 5 - 7 RAMADAN 1432 / 5 - 7  OGOS 2011

Friday, August 5, 2011

Solat Sunat Tarawih





1. At-Takaathur

2. Al-'Asr

3. Al-Humazah

4. Al-Fiil

5. Al-Quraisy

6. Al-Maa'uun


Nota:
“sallallahu wa sallama alaih" = Allah mengucapkan selawat dan salam ke atasnya (Muhammad) dan bukan “sallu alaih" = berselawatlah kamu semua ke atasnya (Muhammad).
Tarawih.pdf

Tuesday, August 2, 2011

Jadual Tazkirah Ramadhan














































HARI Hj KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 31 Ahad 29 Tazkirah Ust Rasdan Yunus
 1 Isnin 1
Ust Ziaul Haq
 2 Selasa 2
Ust Musa Baharuddin
 3 Rabu 3
Ust Ishak Din Ust Mohd Ghaffor*
 4 Khamis 4
Ust Pauzi Abd Kadir
 5 Jumaat 5 Khutbah Ust Nazeri Mustapha Ust Wan Azhar Wan Ahmad**



Tazkirah Ust Shahril Azman
 6 Sabtu 6 Subuh Ust Hadi Talha


Tazkirah Ust Nazeri Mustapha
 7 Ahad 7 Subuh Ust Surizal A Rahim



Tazkirah Ust Ahmad Falahuddin
 8 Isnin 8
Ust Ahmad Subki
 9 Selasa 9
Ust Zulkifli M Suhaimi
10 Rabu 10
Ust Nazeri Mustapha
11 Khamis 11
Ust Wan Mohd Mizan Ust Mohd Ibrahim*
12 Jumaat 12 Khutbah Ust Mohd Ghaffor Wakil Zakat Selangor**



Tazkirah Ust Razi Asror
13 Sabtu 13 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat



Tazkirah Ust M. Ghoffur Daud
14 Ahad 14 Subuh Ust Musa Baharuddin

9.00
Dhuha Ust Yusof Embong



Tazkirah Ust  M Subki A Rahman Ust Mohd Rifqi Myiddin
15 Isnin 15 Tazkirah Ust Rashdan Yunus
16 Selasa 16
Tazkirah Ust M. Ghoffur Daud
17 Rabu 17 Tazkirah Ust Ishak Din Nuzul Al-Quran
18 Khamis 18 Tazkirah Ust Md Lofti Ariffin
19 Jumaat 19 Khutbah Ust M Ghoffur Daud



Tazkirah Ust Shukri Harun
20 Sabtu 20 Subuh Ust Imran Al Malizi Qiamullail - Ust Mohd Ghaffor



Tazkirah Ust Mohd Fadli Ismail
21 Ahad 21 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Qiamullail - Ust Abu Zar Mamat



Tazkirah Ust Farhan Suhut
22 Isnin 22 Tazkirah Ust Ahmad Subki Qiamullail - Ust Yusof Embong
23 Selasa 23 Tazkirah Ust Shaari Che In Qiamullail - Ust Nazeri
24 Rabu 24 Tazkirah Ust Nazeri Mustapha Qiamullail - Ust Ziaul Haq
25 Khamis 25 Tazkirah
Ust Imran Malizi
Qiamullail - Ust Rashdan Yunus
26 Jumaat 26 Khutbah Ust Mohd Ghaffor



Tazkirah Ust M. Razi Asror
27 Sabtu 27 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Qiamullail - Ust Mohd Ghaffor



Tazkirah Ust Nazeri Mustapha MajlisKhatam Tadarus Al-Quran
28 Ahad 28 Subuh Ust Imran Al Malizi Qiamullail - Ust Abu Zar Mamat



Tazkirah Ust Shamsul Hakim
29 Isnin 29
Maghrib Takbir Malam Raya Mulai 9.30 malam
____________________________________________
*   = Ustaz ganti
Abc = Ustaz tidak hadir
**  = Khatib jemputan

Nota :
  1. Majlis brbuka dan moreh setiap hari disediakan sehingga 28 Ogos (Ahad).

  2. Solat Maghrib bermula selepas 15 minit waktu berbuka.

  3. Solat Tarawih 8 rakaat diselangi tazkirah 30 minit selepas 4 rakaat.

  4. Tahlil Arwah diadakan setiap hari selepas solat witir.

  5. Tadarus Al-Quran bagi muslimin, muslimat dan remaja diadakan setiap hari selepas tahlil sehingga 26 Ramadhan.

  6. Qiamullail akan diadakan pada 10 malam terakhir bermula pukul 4.00 pagi dan berhenti pada 5.15 untuk bersahur. Sahur disediakan oleh pihak masjid.

  7. Takbir di masjid dan di rumah terpilih pada malam raya bermula jam 9.30 malam.