Tuesday, November 15, 2011

Duduk Tahyat Akhir Seperti Tahyat Awal


    DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
    Ramai di kalangan kita tidak membezakan cara duduk tahyat pertama dengan tahyat akhir. Mereka duduk tahyat akhir sama sahaja dengan cara duduk tahyat pertama atau tahyat awalnya.Duduk tahiyat awal terdapat hanya pada sembahyang yang jumlah raka'atnya lebih dari duaraka’at pada sembahyang wajib dan dilakukan pada raka'at yang kedua. Sedang duduk tahiyat akhir dilakukan pada raka'at yang terakhir. Masing-masing dilakukan setelah sujudyang kedua.
    Cara Duduk Tahyat Awal Dan Tahyat Akhir
    Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

Rujukan: 38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

No comments: