Friday, September 23, 2011

Tahfiz Al-Fadhni

Alhamdulillah seperti yang telah dijadualkan, Kuliah Maghrib Ustaz M. Razi Asror dengan kitab "Hidayatul Salikin", kali ini bermula di Bab ketiga iaitu pada menyatakan menjauhi segala maksiat yang zahir (muka surat 151).

Ada dua syarat dalam Agama; pertama meninggalkan maksiat yang ditegah dan kedua melakukan ketaatan kepada Allah.

    Ada pun meninggalkan segala yang ditegah itu adalah yang sangat susah. Ia melibatkan anggota yang zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Ustaz menjelaskan tentang ayat ini yang juga digunakan dalam rawatan Islam sebagai ayat ruqyah.

    Di akhir kuliah Ustaz telah memberi sedikit info mengenai perkembangan Tahfiz Al-Fadhni dimana ustaz juga menguar-uarkan laman web sekolah tahfiz ini iaitu di www.alfadhni.com

    Thursday, September 15, 2011

    Masjid Pasca Ramadhan

    Topik Jumaat di Radio IKIM bersama Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus membicarakan "Masjid Pasca Ramadhan". Siaran ini ke udara dari jam 9.00 hingga 9.50 pagi.
    Masjid kembali kepada fitrah iaitu kembali seperti sebelum bulan Ramadhan. Maksudnya masjid surau kembali lengang semula setelah selesai Ramadhan.
    Inilah di antara topik yang di ulas dan dibincangkan termasuklah ciri-ciri mereka yang mengurus dan bertanggung jawab ke atas masjid. Ustaz merujuk kepada Surah AT-TAUBAH, Ayat ke-18; "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."
    Ayat ini dijadikan sebagai panduan bagi melantik ahli jawatankuasa masjid. Diakhirnya ustaz menyarankan hidupkan masjid dengan majlis-malis ilmu dan manfaatkan khutbah Jumaat.

    Sila klik pada link berikut unuk mendengar sedutan bicara Ustaz yang sempat dirakam.












    Surah At-Tawbah Ayat ke 18:

    Friday, September 9, 2011

    Jadual Kuliah September/Syawal 1432

    HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
     1 Khamis 3 Maghrib  - Bacaan Ya'sin
     2 Jumaat 4
    Khutbah Ust Hanif Abd Latif -


    Maghrib  - - cuti raya
     3 Sabtu 5 Subuh  - - cuti raya



    Maghrib  - -
     4 Ahad 6 Subuh  - -



    Maghrib  - -
     5 Isnin 7 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus Umum
     6 Selasa 8 Maghrib Solat Hajat UPSR Sek. Keb. Taman Kosas
     7 Rabu 9 Maghrib Ust Zukkifli Shaari Umum
     8 Khamis 10 Maghrib Bacaan Ya'sin/Solat Anjuran Amanah Ikhtiar M'sia
     9 Jumaat 11 Khutbah Ust Nazeri Mustapha



    Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
    10 Sabtu 12 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



    Maghrib Ust Md Lofti Ariffin Umum
    11 Ahad 13 Subuh Ust Musa Baharuddin* Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

    9.00
    Dhuha Ust Ziaul Haq Kuliah Dhuha Bulanan



    Maghrib Ust Safawi Syazili Umum
    12 Isnin 14 Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Quran
    13 Selasa 15
    Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
    14 Rabu 16 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie
    15 Khamis 17 Maghrib Ust M Ghhaffor Daud Bacaan Ya'sin
    16 Jumaat 18 Khutbah Ust M Ghhoffur Daud



    Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
    17 Sabtu 19 Subuh Ust ImranAl-Malizi Minhajul Abidin



    Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
    18 Ahad 20 Subuh Ust Farhan Abdullah* Umum



    Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
    19 Isnin 21 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
    20 Selasa 22 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Riadhus-Salihin
    21 Rabu 23 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
    22 Khamis 24 Maghrib Bacaan Ya'sin Hj Ismail
    23 Jumaat 25 Khutbah Ust Fazlul Rahimi



    Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
    24 Sabtu 26 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



    Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
    25 Ahad 27 Subuh Ust Abu Zar Mamat Umum



    Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
    26 Isnin 28
    Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
    27 Selasa 29
    Maghrib Ust Imran Al-Malizi Umum
    28 Rabu 30
    Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
    29 Khamis  1
    Maghrib Ust Musa Baharuddin Muizatul Mukminin
    30 Jumaat  2
    Khutbah Ust Nazeri Mustapha  



    Maghrib Ust Imran Al Malizi  

    Tuesday, September 6, 2011

    Solat Hajat UPSR

    Solat hajat untuk pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Taman Kosas telah diadakan pada 6 September (Selasa) selepas solat Maghrib. Program dimulai dengan bacaan Yasin dengan dipimpin oleh Imam 1 Masjid Taman Kosas iaitu Ust. Nazeri Mustapha dan diakhiri dengan solat sunat hajat selepas solat Isya'.