Tuesday, January 31, 2012

Kuliah Ustaz Rashdan Yunus

Kuliah Maghrib 31. 1. 2012
BUKU: EMPAT PULUH HADIS PENAWAR HATI
SUSUNAN: ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI
(AHMAD FAHMI BIN ZAMZAM)



Pada malam ini ustaz telah membaca tiga hadis iaitu yang kedua, ketiga dan keempat.


Hadis Kedua:
SIAPA TEMAN SETIA
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw bersabda: "ada tiga macam yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua antaranya akan kembali, manakala satu daripadanya akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". (H.R. Bukhari & Muslim)

Hadis Ketiga
SERINGAN-RINGAN SIKSAAN DI NERAKA
Daripada No'man Bin basyir radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada hari qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis Keempat
MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA PADAH

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah Al-Haristi radhiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulallah?. Nabi SAW menjawab: Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)". (Hadith Riwayat Muslim)

Friday, January 20, 2012

Kuliah Ustaz Shukri Harun

Kuliah Maghrib
20. 1. 2012 / 26 Safar 1433 (Jumaat)

Muka surat 126.
HURAIAN 10.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN GOLONGAN KUFFAR DAN PENDERHAKA TERHADAP ISLAM
(Huraian ini telah dibaca pada 18. 2. 2011)
AYAT 27:

Terjemahannya: Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
---------------------------------------------

Tafsir Surah Al-Insan سورة الانسان
Pengarang : Shahril Azman Hj. Abd. Halim Al-Forooqi

Sunday, January 15, 2012

Kuliah Ustaz Farhan Mohd Suhut

15 . 1 . 2012 (Ahad)
Kuliah Maghrib
Ustaz mengupas beberapa hadis berkaitan akhir zaman.
Hadis pertama: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda: "nanti akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman ini telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah. Oleh itu, kelak terjadinya peristiwa ini, seseorang itu akan binasa apabila dia meningkari Allah dengan hanya menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau tidak beristeri atau mempunyai anak, binasa itu disebabkan hanya menuruti kehendak kedua orang tuanya, jika orang tuanya sudah tiada, seseorang itu akan binasa apabila ia juga hanya menepati kehendak adik-beradik dan kerabatnya atau juga menuruti kehendak jiran tetangganya". Sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan engkau itu yang menyatakan kebinasaan seseorang kerana isteri atau anak atau orang tua atau ibu bapa atau adik beradik atau jiran tetangga?. Nabi saw menjawab, " Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan hidup. Maka disebabkan seseorang ingin mencapai maksud tersebut, dia akan memaksa dirinya melayan kehendak mereka itu, dengan membawa seseorang itu menceburkan dirinya di jalan-jalan kebinasaan yang dimurkai Allah dan seterusnya akan hancurlah hidupnya kelak.
Diriwayatkan oleh Baihaqi.

Saturday, January 14, 2012

Thursday, January 5, 2012

Kuliah di Masjid Fatimah Az-Zahra

Daripada SMS:
Jadual Kuliah di Fatimah Az-Zahra , Tmn Kosas
1. Jumaat 6/1Kul Maghrib - Ust Mohd Rasidi Al Hafidz: Talaqi & Tajwid
2. Sabtu 7/1 Kul Suboh - Ust Surizal Abd Rahim: Penawar Bagi Hati
& Maghrib - Ust Julfikar Abd Mijan, Sabah
3. Ahad 8/1 Kul Suboh- Ust Azhar Mohamed: Jundullah
& Maghrib- Ust Mohd Suhaimi Sulaiman: Hadis 40
4. Isnin 9/1 Kul Maghrib - Ust Ibrahim Yusuf: Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
5. Selasa 10/1 Kul Maghrib - Ust Zamzurie Yaakob: Ulumul Quran
6. Rabu 11/1 Kul Maghrib - Ust Zulkifli Ashaari : Muqadimah Mastika Hadis
7. Khamis 12/1 Kul Maghrib - Ust Azhar Yahya: Dalil bacaan yasin sbg jln tengah antara bid'ah & harus.

Isu baca Al-Quran dan Tarhim sebelum Subuh

video

Monday, January 2, 2012

Kesilapan Dalam Ibadat & Amalan Agama

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Point-point ini dipetik daripada ceramah-ceramah Ustaz Dato' Ismail Kamus.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sangat nak buka puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mahu ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat Al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?
Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca Al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.
Sebenarnya kalau kita sedang baca Al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca Al-Quran atau memperlahankan bacaan, sebab menghormati orang yang sedang tidur itu. Inikan pula sekampung??
Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Itu yang lebih aula (utama). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.
Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.
Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jangan peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.
6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud, tidak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.
9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.
Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.
Sumber dari: Blog PakarHowTo

Sunday, January 1, 2012

Jadual Kuliah Januari/Safar 1433

HARI Hj KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Ahad 6 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

Maghrib - -
 2 Isnin 7 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 3 Selasa 8 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 4 Rabu 9 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 5 Khamis 10 Maghrib Bacaan Yasin Ust Nazeri Mustapha
 6 Jumaat 11 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Amad Shukri Ismail 40 Tanda-tanda Kiamat
 7 Sabtu 12 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya


Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 8 Ahad 13 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam



Maghrib Ust Md Lotfi Arifin Umum
 9 Isnin 14 Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
10 Selasa 15 Maghrib Ust Fazlul Rahimi  Bidayatul Hidayah
11 Rabu 16 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
12 Khamis 17 Maghrib Bacaan Yasin Ust Mohd Ghofur
13 Jumaat 18 Khutubah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust Imran Al Malizi MinhajulAbidin
14 Sabtu 19 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Hadis 40
15 Ahad 20 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Peringatan Tentang Mati

9.00
Dhuha Ust Yusof Embong Umum



Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah AhlusSunnah WalJamaah
16 Isnin 21 Maghrib Ust Rashdan Yunus Peringatan tentang Mati
17 Selasa 22
Maghrib Ust M. Ghoffur Daud Riyadhussalihin
18 Rabu 23 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
19 Khamis 24 Maghrib Bacaan Yasin Ust Nazeri Mustapha
20 Jumaat 25 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
21 Sabtu 26 Subuh Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
22 Ahad 27 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
23 Isnin 28 Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
24 Selasa 29 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
25 Rabu  1 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
26 Khamis  2 Maghrib Bacaan Yasin Tn. Hj. Ismail Liham
27 Jumaat  3 Khutubah Ust Fazlul Rahimi Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust M. Razi Asror Ust. Ahmad Awang
28 Sabtu  4 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
29 Ahad  5 Subuh Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'arawi



Maghrib Ust Ahmad Yusri Ibn Umum
30 Isnin  6
Maghrib Ust - -
31 Selasa  7
Maghrib Ust M Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
____________________________________________
Abc Ustaz tidak hadir
* Ustaz ganti