Tuesday, January 31, 2012

Kuliah Ustaz Rashdan Yunus

Kuliah Maghrib 31. 1. 2012
BUKU: EMPAT PULUH HADIS PENAWAR HATI
SUSUNAN: ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI
(AHMAD FAHMI BIN ZAMZAM)



Pada malam ini ustaz telah membaca tiga hadis iaitu yang kedua, ketiga dan keempat.


Hadis Kedua:
SIAPA TEMAN SETIA
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw bersabda: "ada tiga macam yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua antaranya akan kembali, manakala satu daripadanya akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". (H.R. Bukhari & Muslim)

Hadis Ketiga
SERINGAN-RINGAN SIKSAAN DI NERAKA
Daripada No'man Bin basyir radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni Neraka pada hari qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis Keempat
MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA PADAH

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah Al-Haristi radhiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulallah?. Nabi SAW menjawab: Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)". (Hadith Riwayat Muslim)

No comments: