Monday, February 13, 2012

Forum Maulidur Rasul


Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).Ayat ini juga dikenali sebagai doa pengasih.
Forum dimulai dengan Ustaz Mohd Ashraf sebagai moderator pertama. Ustaz menjelaskan di antaranya untuk kita cinta dan kenal akan nabi hendaklah kita mengetahui salasilah nabi dan ikuti apa yang nabi selalu buat setiap hari. Ada 7 perkara yang diterangkan oleh ustaz:
1. Solat Tahajjud.
2. Membaca Al-Quran.
3. Solat berjemaah.
4. Solat Dhuha.
5. Berwudu’.
6. Bersedekah.
7. Istighfar.
Mengikut amalan-amalan yang dilakukan oleh nabi seperti cara minum, makan, tidur dan diantaranya hubungan suami isteri. Ustaz kata satu kajian yang dibuat oleh saintis di Jerman dengan memeluk isteri sekurang-kurangnya 10 saat akan dapat 3 kelebihan; pelukan dan sentuhan menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan hormon endorfin yang dapat mengurangkan 'stress', boleh mengurangkan cholesterol dan memanjangkan usia.
Untuk kita benar-benar mencintai nabi ambil dua syarat ini pertama sayang dan kasih pada nabi; keduanya, ikut cara dan amalan nabi. Jika ambil yang pertama sahaja kita akan jadi seperti Abu Lahab manakala kalau kita ikut yang kedua kita samalah seperti Abdullah bin Ubai.

No comments: