Thursday, February 9, 2012

Nabi ancam bakar rumah orang tidak solat berjemaah

  1. MENURUT riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa abi s.a,w. bersabda yang bermaksud: "Solat fardu berjemaah lebih afdal berbanding solat fardu sendirian, dengan kelebihan 27 darjah."
  2. Selaras dengan naluri manusia suka kepada sesuatu yang lebih, seperti lebih banyak harta kekayaan, maka Allah SWT kurniakan kelebihan pahala bagi solat fardu berjemaah, supaya kelebihan itu jadi rebutan manusia untuk bekalan akhirat.
  3. Sesuai dengan dunia perniagaan yang menjanjikan 90 peratus keuntungan rezeki, justeru setiap kali manusia tidak tunai solat berjemah, bererti mereka telah kerugian 17 ganjaran pahala.
  4. Bayangkan jika rugi dua peratus pun sudah membimbangkan para pelabur, inikan pula 17 peratus.
  5. Jika satu hari mereka mengabaikan solat berjemaah, kerugian pahalanya berjumlah 85. Bagaimana jika sepanjang hayat mereka abai solat fardu berjemaah?
  6. Pasti berdepan dengan suatu jumlah kerugian yang boleh menyebabkan masa depan akhirat seseorang terlalu malang.
  7. Nabi s.a.w. sebelum mengangkat takbiratul ihram ketika menjadi imam, terlebih dahulu baginda s.a.w. pastikan tentang saf solat dalam keadaan rapat dan lurus.
  8. Sebagai pemimpin masyarakat, baginda s.a.w. juga prihatin terhadap orangorang yang tidak hadir solat berjemaah.
  9. Sifat kepedulian yang tinggi sangat mustahak bagi seorang pemimpin, iaitu mengambil tahu siapa yang hadir berjemaah atau sebaliknya.
  10. Apabila Nabi s.a.w. sedar ada orang yang sepatutnya tunai solat fardu berjemaah, tetapi tidak berbuat demikian, Nabi s.a.w. bersabda di hadapan para jemaah yang bermaksud: "Sesungguhnya aku rasa hendak melantik seorang supaya menjadi imam solat kepada orang ramai. Kemudian aku hendak perhati siapakah orang yang tidak tunai solat berjemaah, aku hendak bakar rumahnya."
  11. Meskipun amaran bakar rumah itu tidak tertunai oleh Nabi s.a.w., namun ia cukup bagi menggambarkan betapa perbuatan abai solat fardu jemaah itu sangat dibenci oleh Islam.
  12. Penghuni bumi yang tidak melaksana kewajiban agama terutamanya solat berjemaah, disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai warga dunia yang tidak memahami peranan hidup hanya sementara di muka bumi ini.
  13. Allah SWT dengan rahmatNya telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia, bumi sebagai tempat tinggal dengan udara yang nyaman serta air yang menumbuhkan pepohon buah buahan sebagai rezeki.
  14. Semua itu bukan untuk manusia duduk bersenang lenang dengan percuma, sebaliknya untuk bekalan beribadat kepada Allah SWT. Kemuncak ibadat ialah solat dan kesempurnaan solat hanya dengan berjemaah.
  15. Hidup mewah dan berseronok di bumi dengan pelbagai nikmat kurnia Allah SWT tetapi melupakan-Nya, insan seperti itu dianggap tidak berguna oleh Nabi s.a w. Kewujudannya dalam masyarakat tidak mendatangkan manfaat, justeru diancam akan dibakar rumahnya.
  16. Di samping ancaman bakar rumah orang yang tidak menunaikan solat berjemaah, Nabi s.a.w. menyindir gojongan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud: "Kalaulah mereka mendapat tahu selepas solat fardu berjemaah disediakan jamuan hidangan paha kambing yang lemak atau jamuan sup kaki kambing, nescaya mereka akan hadir tunai solat berjemaah.
  17. Penyakit tidak nampak kepentingan akhirat dan berbuat sesuatu amal hanya jika faedahnya,dapat dilihat depan mata, merupakan penyakit yang diwarisi sejak zaman Nabi s.a.w. lagi.
  18. Justeru, janganlah merasa hairan jika watak seperti itu menimpa umat kini, jika di zaman Nabi s.a.w. sudah wujud penyakit itu.
  19. Sayidina Usman Affan berkata mengenai solat jemaah yang diambil mafhumnya daripada kata-kata Nabi s.a.w., "Sesiapa yang hadir solat jemaah isyak, seolah-olah mereka telah solat Tahjud seperdua malam."
  20. Bukan suatu kerja yang mudah bangun separuh malam bagi melakukan solat Tahajud, tetapi dengan hadir solat jemaah Isyak mendapat pahala yang menyamai dengan solat Tahjud seperdua malam.
  21. Selain itu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Kalaulah tidak menjadi musyaqqah (kesukaran) kepada umatku, nescaya akan ku suruh bersugi setiap kali hendak solat dan kuperintah juga melewatkan solat jemaah Isyak."
  22. Suatu riwayat menyebut bahawa Nabi s.a.w. mendirikan solat jemaah Isyak ketika para sahabat sudah mulai mengantuk, menunjukkan bahawa solat jemaah Isyak itu agak lewat malam.
  23. Wajarlah Allah SWT berjanji hendak beri pahala solat Tahjud seperdua malam, kerana para sahabat melaksanakan solat jemaah Isyak dalam situasi jihad melawan nafsu menahan mengantuk menunggu agak lewat malam.
  24. Oleh kerana Nabi s.a.w. bimbang akan membebankan umatnya, justeru bersugi setiap kaji hendak solat dan juga melewatkan solat jemaah Isyak menjadi amal pilihan kepada umatnya yang ingin mendapat pahala lebih.
  25. Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesiapa jua yang hadir solat Subuh berjemaah, ia laksana mendirikan solat Tahjud sepenuh malam."
  26. Seorang alim bernama Muhamad bin Wasik berkata: "Aku berpuas hati jika dapat melakukan tiga perkara di dunia ini. Pertama; mempunyai sahabat yang mampu menegur dan membetulkan kesalahanku. Kedua; rezeki yang memenuhi keperluanku tanpa kesukaran mendapatnya. Ketiga; mendirikan solat berjemaah, dengan itu aku terlepas daripada terlupa dan ada malaikat menulis pahala aku sojat berjemaah."
_______________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Harakah 10 - 12 Februari / 17 - 19 Rabi'ul Awal 1433

No comments: