Friday, March 2, 2012

Kuliah Ustaz Roszairani Ahmad

Kuliah Maghrib ustaz kali kedua di Masjid Taman Kosas.

Kisah ringkas tentang Al-Imam Habib Abdullah Al-Haddad
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.
    Kitabnya yang bertajuk "An-Nasa'ih ad-Diniyya Wal Wasaya al-Imaniyyah" atau "Nasihat Agama dan Wasiat Iman", merupakan buku yang jelas dan menerangkan tentang keimanan Muslimim. Buku ini telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Syed Ahmad bin Semait di Singapura.

No comments: