Monday, March 5, 2012

Penawar bagi Hati

Kuliah Subuh (Ahad)
4 Mac 2012 / 10 Rabi'ul Akhir 1433
Ustaz Surizal Abd Rahim
    Pada Qolbi (hati) itu terkandungnya akan sifat kecelakaan yang sepuluh. Dan ketahuilah olehmu bahawa Qolbi itu ada dua maknanya. Makna jasmaninya adalah seketul daging di dada sebelah kiri yang menerupai akan dia jantung pisang dan di dalamnya terdapat lubang-lubang yang mengandungi darah yang hitam. Makna Rohaninya adalah sesuatu yang halus yang mengetahui dan yang mengenal akan sesuatu dan memperoleh akan manusia. Dan sesungguhnya ia adalah hakikat bagi manusia. Dan pada Rohaninyalah terkandung segala rahsia diri yang mana disuruh dan dilarang. Dan dialah jua yang mempengaruhi hati jasmani untuk melaku, mengucap dan mengamal segala yang diperintahkan. Dan Taat seorang manusia itu apabila dia tahu sangkut paut pada jasmani dan rohani hati itu. Apabila mengetahui akan sifat hati itu, maka hendaklah dihalusi bahawa Maha Pencipta itu tidaklah sama sekali memandang pada hati jasmaninya. Sesungguhnya Allah tidak memandang segala rupa kamu dan segala badan kamu dan hanya menilik akan Dia segala Hati kamu.

No comments: