Saturday, April 28, 2012

Kuliah Ustaz Shaari Che In

Kuliah Maghrib : Kitab Munyatul Musalli
24 .4 .2012 / 2 Jamadil Akhir 1433 (Selasa)
Berikut adalah gambar catatan ustaz pada "whiteboard" berkaitan dengan solat.
Bermula dengan Wudhu', Pakaian, Berdiri betul, Takbir ratul ihram, Fatihah dan Ruku'.
Walau bagaimanapun ustaz hanya dapat menerangkan sehingga Takbir ratul ihram.
    Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:
    • Qasad (ﻗﺼﺪ) - Sengaja mengerjakan solat
    • Ta'arudh (ﺗﻌﺮﺽ) - Meniatkan solat fardhu atau sunat
    • Ta'yiin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) - Meniatkan jenis waktu solat

Rukun Solat - 13 Perkara
  • Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati. 
  • Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut. 
  • Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

No comments: