Thursday, July 5, 2012

Allah kutuk makmum mendahului imam

  1. PERLU difahami bahawa makmum tidak boleh mendahului imam, sama ada ketika rukuk dan sujud atau ketika bangun daripada kedua¬duanya clan seluruh kaifiyat yang lain dalam solat jemaah.
  2. Tidak sayogia makmum bergerak serentak sama pergerakan imam. Makmum mestilah menyusul kemudian sedikit pergerakan imam.
  3. Inilah makna mengikut imam, disiplin dan syarat yang diaiar oleh Islam, terhadap mematuhi orang yang layak memimpin.
  4. Tiada yang lebih layak jadi pemimpin melainkan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang yang mematuhi jejaknya.
  5. Ada pendapat ulama menghukumkan batal solat orang yang mendahului imam.
  6. Namun Imam Ghazali sendiri tidak menghukumkan demikian kerana kedudukan perkara tersebut sebagai khilaf ulama.
  7. Setiap makmum mesti mengetahui bahawa perbuatan mendahului imam boleh membawa kepada batal solat, oleh yang demikian turutlah benar-benar sebagai membuktikan kepatuhan.
  8. Nabi Muhammad s.a.w. mengecam hebat perbuatan makmum mendahului imam melalui sabdanya yang bermksud: "Tidakkah mereka merasa gerun, makmum yang angkat kepala mendahului imam, di akhirat kelak Allah SWT akan tukar kepalanya menjadi kepala khimar. Atau hendaklah dia sedar bahawa perbuatan mendahlui imam itu dikutuk oleh Allah SWT."
  9. Makmum mendahului imam dikutuk oleh Tuhan kerana ia menunjukkan tiada kepatuhan terhadap imam. Dalam solat atau kepimpinan dalam masyarakat, sedangkan kesetiaan itu amat tuntut dalam Islam bagi membuktikan kesatuan ummah.

  10. Kini kita membicarakan solat nawafil (sukarela). Dimulai dengan solat rawatib atau solat yang mengiringi solat fardu sebelum atau sesudahnya.
  11. Dilarang melakukan solat sunat ba’diyyah (sesudah) ialah sesudah Asar dan sesudah Subuh.
  12. Sementara solat sunat qabliyyah yang tidak digalakkan ialah sebelum solat Maghrib, lantaran waktunya yang singkat. Ini untuk galakan mengawalkan didirikan solat fardu Maghrib.
  13. Solat sunat Witir ialah sunat dilakukan setiap lepas solat fardu Isyak. Sama ada selepas solat sunat ba'diyah Isyak, ataupun selepas bangun di pertengahan atau di hujung malam.
  14. Sebenarnya sunat Witir ialah satu rakaat yang terakhir sebagai penutup solat malam, solat sebelumnya boleh dinamakan sebagai "Muqaddimah Witir" atau persiapan untuk solat witir.
  15. Sepaling banyak solat witir ialah 11 rakaat, sembilan, tujuh, lima atau tiga. Yang tiga rakaat boleh dilakukan dengan satu salam, atau satu rakaat yang akhir diasingkan dengan satu salam.
  16. Pilihlah sebarang surah untuk solat witir. Tetapi Nabi s.a.w. melazimkan surah yang panjang untuk solat malam, kerana solat malam bersendirian merupakan saat yang sangat mustahak. Peluang seseorang hamba untuk bermunajat kepada Allah SWT.
  17. Solat witir selepas solat tahajud di penghujung malam merupakan ketika yang paling afdal. Solat tahajud ialah solat selepas bangun tidur seperdua malam.
  18. Segolongan imam mujtahid menganggap solat tahajud sebagai wajib. Namun secara umumnya menganggap sebagai sunat, sepaling lebih sebagai sunat muakkad.
  19. Untuk solat sunat siang hari ialah solat "Dhuha". Solat dhuha yang disalin daripada kebanyakan hadis.
  20. Waktu solat dhuha ialah selepas matahari naik kira-kira segalah, atau mengikut kiraan sekarang ialah kira-kira 15 minat sejepas syuruk (matahari naik).
  21. Menjadi kelaziman bagi Nabi s.a.w. berdoa selepas solat sunat Dhuha yang tertentu seperti: "Allahhumma innadhduha dhuha-uka, wal baha baha¬uka, wal jamala jamaluka, wal quwata quwatuka, wal qudrata qudhratuka, wal `ismata `ismatuka."
  22. Yang bererti: "Hai Tuhan, bahawasanya waktu dhuha yang ceria ini adalah dhuha-Mu, clan keindahan alam ini keindahan¬Mu, dan gagah kuasa adalah Gagah kuasa-Mu, dan kecantikan adalah Kecantikan-Mu, dan kawalan yang sebenar adalah Kawalan-Mu."
    • "Allahumma inkana rizqi fissma faanzilhu, wa-inkana fii ardhu faahrijhu, wa-inkana fissamai faanzilhu, fa-inkana qalilan faaktsirhu, fa-inkana katsiran fahauwinhu, wabarikli fih bihakki dhuha-ika wabaha¬ika wajamalika waquwatik wajamalika waqudrarika aatini ma ataita `ibadikas shalihin."
  23. Yang bermaksud: "Hai Tuhan, sekiranya rezekiku ada di jangit maka turunkanlah, kalau rezeki ada di perut bumi terbitkanlah, dan sekiranya rezeki itu sedikit maka banyakkanlah, kalau banyak permudahkanlah, berilah berkat kepada rezeki yang Engkau kurniakan, apa jua yang Engkau kurniakan kepada hamba-Mu yang salih maka berikanlah juga kepadaku."
  24. Adapun solat sunat Hari Raya ialah sunat muakkad, ia adalah di antara syiar Islam (simbol kehebatan Islam).
  25. Justeru solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan juga Aidiladha walaupun sunat sahaja janganlah ditinggal. Alhamdulillah umat Islam bangsa yang agama jenis hari raya ini memang tidak pernah tinggal.
  26. Meskipun hari biasa berpakaian indah warna-warni. Namun raya merupakan suatu ibadah, dituntut agar memakai pakaian baru khas untuknya.
  27. Sayogia beri perhatian yang lebih terhadap hari perayaan Islam, agar terasa kemeriahan dan gembira hari perayaan Islam itu. Adakan peruntukan beli pakaian baru untuk anak-anak dan keluarga juga diri sendiri.

No comments: