Thursday, August 16, 2012

Adab-Adab Menyambut Hari Raya

    'Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah swt anugerahkan hamha-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadhan. Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw menyambut Hari Raya, antaranya ialah;
  1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
    Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama" telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
  2. Makan sebetum keluar untuk menunaikan solat hari raya 'Eid al-Fitri dan untuk 'Eid al-Adha makan selepas solat.
    Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oieh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Filtri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar...dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil." |HR Al-Bukhari: 953].

  3. Bertakbir pada hari Raya.
    Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya; "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur". {Al-Baqarah: 185]
    Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri adalah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
  4. Lafaz Takbir Hari Raya.
    Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas'ud ra. yang bertakbir pada hari Tasrik dengan lafaz:
  5. Ucapan Tahniah pada Hari Raya.
    Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan seperti ucapan: تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ "semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
  6. Berpakaian baru / cantik di hari raya.
    Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Ada pun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw: Maksudnya: 'Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetepi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian.
  7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
    Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”
  8. Solat Hari Raya.

No comments: