Sunday, September 9, 2012

Hadis 40 Imam Nawawi

Kuliah Maghrib
8.09.2012 / 21 Syawal 1433
Ustaz Mohd Ghhoffur Daud

Hadis yang ke-9
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ibrahim bin Adham berkata: “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”
5 Syarat untuk Berbuat maksiat:
  1. SYARAT PERTAMA: “Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.” Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya! “tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
  2. SYARAT KEDUA: “Kalau kamu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya. “Wahai hamba Allah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?”
  3. SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya. Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”
  4. SYARAT KEEMPAT: “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, “Tunda kematianku dulu. Aku masih mau bertaubat dan melakukan amal soleh”. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: “Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
  5. SYARAT KELIMA: “Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

No comments: