Sunday, August 4, 2013

Kuliah Subuh 26 Ramadhan

Ahad, 4 Ogos.

Ustaz Surizal A. Rahim
Tanda-tanda atau perkara-perkara orang-orang yang mendapat kebahagian dan tanda-tanda orang yang mendapat kecelakaan.
Ada 11 tanda-tanda mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu:

    1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat;
    2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran;
    3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu;
    4. Sentiasa memelihara solat lima waktu;
    5. Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat;
    6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik;
    7. Bersikap tawaduk, tidak sombong;
    8. Dermawan lagi pemurah;
    9. Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t;
    10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan
    11. Banyak mengingati mati.
Manakala 11 tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap seperti berikut:
    1. Rakus dalam mengumpul harta;
    2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan keenakan dunia;
    3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang;
    4. Meremehkan solat lima waktu;
    5. Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa;
    6. Buruk budi pekerti;
    7. Berlaku bongkak dan sombong;
    8. Tidak memberi manfaat kepada manusia;
    9. Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman;
    10. Kikir; dan
    11. Tidak ingat mati.

No comments: