Tuesday, May 27, 2014

Kuliah Maghrib Dr Mohd Shafie

Isnin 26 Mei @ 26 Rejab 1435 H 
Dr Mohd Shafie Md Amin (PhD ACCA) adalah Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan terletak di Taman Nirwana Ampang.

Beliau menegaskan tentang kewajipan mempelajari Al-Quran dengan
mengulas dua ayat daripada Al-Quran;
Pertama dari Surah Al-Araf ayat 179:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
dan Kedua Surah 
Al-Anaam ayat 27
" Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.
    Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itiqaan
  • Melahirkan "Jil Rabbani" yang terdidik dengan Ilmu quran 
  • Melahirkan masyarakat celik quran 
  • Melatih daya kebolehan membaca, melancar dan menhafaz quran bersistematk 
  • Menyiapkan jati diri para guru quran, kaedah membaca menghafaz bersistematik, mantap serta mahir Memahami kaedah berkesan, bersistematik mentadabbur, mentafaqquh dan mentafakkur quran

No comments: