Monday, March 16, 2015

LANJUTAN TEMPOH LANTIKAN PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH SESI 2012 - 2015

Nazir Masjid Seluruh Negeri Selangor

Tuan,

LANJUTAN TEMPOH LANTIKAN PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH SESI 2012 - 2015 DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGONG PENCALONAN SESI 2016 - 2018 BAGI SELURUH MASJID NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. DimakIumkan bahawa Mesyuarat MAIS Bil. 1/2015 dan Mesyuarat Jawatankuasa Mais Agarna Isam Selangor BiI 1/2015 telah memutuskan perkara berikut:
    a) Bersetuju rnelanjutkan tempoh lantikan Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Karlah Masjid seluruh Negeri Selangor yang akan tamat pada 31 Mei 2015 kepada 31 Disember 2015
    b) Menangguhkan Pencalonan Pegawaa Dan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Negeri Selangor ke hujung tahun 2015 antara bulan September hingga Oktober 2015. Tatacara pelaksanaan mesyuarat pencalonan tersebut akan dedar dan dimaklumkan kemudian kepada seluruh masjid
3. Keputusan ini dibuat untuk menyelaraskan penutupan penyata kewangan masjid yang berakhir pads 31 Disember setiap tahun dan bagi memudahkan pengurusan kewangan masjid-masjid. Disamping itu, memberi ruang kepada proses pindaan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor.

4. Diharap pihak tuan dapat mengambil maklum dan perhatian terhadap perkara ini. Segala kerjasama dan perhatian terhadap perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian,

Saya yang menjalankan tugas,


(DATO’ BAKHTIAR BIN HUSSIN)
Setiausaha
Majlis Agama Islam Selangor 

No comments: