Tuesday, August 11, 2015

FORUM PERDANA & JAMUAN HARI RAYA

~
      Assalamualaikum, dimaklumkan Masjid Taman Kosas akan mengadakan Forum Perdana pada 14/08/2015 (29 Syawal 1436) selepas solat Maghrib dan diikuti dengan jamuan hari raya selepas solat Isyak di Masjid Taman Kosas.
      Bagi memeriahkan majlis ini semua anak kariah dan para jemaah di jemput bersama-sama hadir bersama ahli keluarga. Pihak masjid akan mengadakan juadah untuk dinikmati dan pihak masjid mengalu-galukan sumbangan ikhlas kepada yang ingin menyumbang berupa Pot Luck.
      Dengan kehadiran tuan puan sekeluarga menambah lagi keberkatan dan kemeriahan. Sila sebarkan dan jemput semua jiran-jiran kita. Sekian terima kasih.

No comments: