Friday, December 16, 2016

FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 67                                                  31hb Julai 2014                 TAMBAHAN No. 14
No. 16                                                                                               PERUNDANGAN

    Sel. P.U. 27.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
 
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
 
    MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
    [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
    Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
    subseskyen 48(6) Enakmen itu.
    ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
    (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003
    FATWA UNDER SECTION 47
    PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH
IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’
  1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu.
  2. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam.
  3. Di antara amalan yang di dakwa sebagai bid’ah adalah -
    • 3.1 Membaca Yaasin pada malam Jumaat
    • 3.2 Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
    • 3.3 Mengadakan kenduri arwah
    • 3.4 Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun
    • 3.5 Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban
    • 3.6 Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah
    • 3.7 Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu
    • 3.8 Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu
    • 3.9 Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat
    • 3.10 Membaca qunut dalam solat Subuh
3.11 Bersalaman selepas solat berjamaah
3.12 Solat sunat sebelum solat Maghrib
3.13 Solat sunat sebelum Jumaat
3.14 Fidyah solat
3.15 Terbatal wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
3.16 Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat
3.17 Menyapu muka selepas memberi salam
3.18 Akikah dengan kambing sahaja
3.19 Konsep pengamalan Hadith Dhaif
Bertarikh 17 Julai 2014
Dated 17 July 2014 [MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2012 - 5(1); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12]
Dengan Titah Perintah/By Command
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/
Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

No comments: