Sunday, September 3, 2017

IBADAH KORBAN PADA 11 ZULHIJJAH 1438 H


    Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut pada 1 Sep 2017 iaitu hari Jumaat (10 Zulhijjah). Pihak masjid telah menetapkan untuk menyempurnakan Ibadah Korban pada hari Sabtu, 2 Sep (11 Zulhijjah).
    1 SEP 2017 (JUMAAT)
  1. Solat Sunat Aidul Adha pada pukul 8.15 pagi. Imam bertugas ialah Ustaz Muhammad Asri b. Mohd Yusoff (Imam 2)
  2. Selepas solat sunat Aidul Adha, peserta Korban diminta berkumpul untuk sesi penerangan dan tazkirah Pelaksanaan Korban oleh Ustaz Salahuddin Ab Latip (Imam 3 / Ketua Penyembelih Haiwan Korban)
  3. Agihan kupon kepada peserta-peserta Korban.
  4. Solat Jumaat; Tazkirah dan Khatib bertugas adalah Ustaz Salahuddin Ab. Latip (Imam 3)
    2 SEP 2017 (SABTU)
  1. Ibadat Korban bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua peserta Korban diminta hadir sama untuk menyaksikan penyembelihan haiwan masing-masing.
  2. Sila uar-uarkan pada jiran tetangga dan rakan-rakan untuk bersama-sama meraikan program Korban.
  3. Sarapan dan jamuan makan tengahari akan disediakan olih pihak pengurusan Masjid Taman Kosas.
  4. Kupon Korban boleh diperolehi semasa mendaftar pada pukul 8.00pagi.
  5. T'shirt peserta Korban disediakan dan boleh di ambil semasa pendaftaran.
  6. Agihan daging Korban selepas siap pembungkusan dan sehingga 3.00 petang.

No comments: