Thursday, May 23, 2019

JADUAL RAMADAN 10 TERAKHIR

     Qiamullail  Kuliah Subuh  Tazkirah
 AHAD  26
21 Ramadan
 UST KHAIRULLAH  MAMAT
UST ASWAD NASON

UST AZHAR RAMLI
 ISNIN   27
22 Ramadan

UST SUBKI OSMAN
   UST. NOREZUDDIN KAMARUDDIN
 SELASA   28
23 Ramadan

UST GHOFUR DAUD
  UST ZAIRANI AHMAD (KEDAH)
 RABU   29
24 Ramadan
 IMAM 3 - FARHAN     UST. MOHAMAD TERMIZI
 KHAMIS   30
25 Ramadan

UST RASHDAN
   UST MOHD AKID
 JUMAAT   31
26 Ramadan
 UST SAIFUL BAHARI Tazkirah & Khatib Jemputan
UST MOHD AZWAN
 UST YUSOF EMBONG
 SABTU   Jun
27 Ramadan
 UST ABU DZAR MAMAT Akan dimaklumkan
UST ABD HADI HALIM
 AHAD   2
28 Ramadan
 Akan dimaklumkan  Akan dimaklumkan UST ADLI ADLAN BS
 ISNIN   3
29 Ramadan
 UST SUBKI OSMAN    UST. NOREZUDDIN KAMARUDDIN
 RABU   4
30 Ramadan
       TAKBIR RAYA

Sunday, May 19, 2019

PERASMIAN MASJID TAMAN KOSAS

Pada 18 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadan 1440 H, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mencemar duli untuk menyempurnakan perasmian Masjid Taman Kosas serta menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada asnaf di Ampang, daerah Hulu Langat.
Ketibaan Baginda pada jam 6.30 petang disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Baginda Sultan turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 254 asnaf fakir dan 148 asnaf muallaf bagi daerah Hulu Langat.
 

Friday, May 17, 2019

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA

 
MAJLIS BERBUKA PUASA SULATAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PERASMIAN MASJID TAMAN KOSAS

Tuesday, May 14, 2019

SENARAI NAZIR MASJID TAMAN KOSAS

     
  TN HJ IZHAR HARUN  TN HJ IZHAR BIN HJ HARUN
 PENGERUSI J/K PROTEM 2008
   
Tn Hj Izhar merupakan Pengerusi Jawatankuasa Protem Masjid telah mengaktifkan aktiviti dan menjalankan fungsi asas Masjid Taman Kosas ini sejak diserahkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dan JKR Daerah pada 7 Mac 2008. Beliau telah merancang majlis penyerahan kunci Masjid daripada JKR Daerah HULU LANGAT kepada PAID dan kemudian menyerahkan kunci tersebut kepada Jawatankuasa Protem.

Selepas daripada itu sumbangan dari kaum muslimin datang mencurah-curah dalam bentuk bentuk barangan dan perkakasan dan juga dalam bentuk kewangan bagi menampung perbelanjaan mengurus masjid.

Pada masa itu masjid tidak mempunyai kutipan mingguan kerana solat Jumaat belum dapat diadakan atas sebab belum mendapat keizinan daripada PAID. Setelah mengusahakan keperluan untuk mendirikan solat Jumaat, maka pada 23 Mei 2008 bersamaan 17 Jamadilawal 1429H solat Jumaat yang pertama telah diadakan dengan khutbah disampaikan oleh wakil Kadi  Daerah Hulu Langat.

Semoga segala ikhtiar yang telah  dijalankan oleh AJK PROTEM Masjid Taman Kosas diterima Allah sebagai suatu amalan disisinya, IN SYA  ALLAH.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 
May 31, 2013
     
  TN HJ AHMAD DESA  TN HJ AHMAD BIN DESA
 SESI 2009 - 2012
     
  ENCIK ABD LATIF  ENCIK ABDUL LATIF BIN ABDUL AZIZ
 SESI 2013 - 2015
     
  USTAZ NAZERI MUSTAPHA  USTAZ NAZERI BIN MUSTAPHA
 SESI 2016 - 2018
     
  TN HJ RAJA SAHARULHANA  TN HJ RAJA SAHARULLHANA BIN OTHMAN  
 SESI 2019 - 2021
     

Tuesday, May 7, 2019

JADUAL KULIAH BULAN MEI / RAMADAN 1440 H

Jadual pengajian di Masjid Taman Kosas bulan Mei & awal Jun 2019 / Ramadhan 1440H. Sementara dan Tertakluk pada pindaan. 
  1. Imam dan bilal masjid bertugas seperti jadual yg telah dilengkapkan (Bulanan & kuliah). Tahlil selepas Isya'.
  2. Solat Terawih 8 rakaat. Tazkirah Terawih selepas rakaat ke4.
  3. Kuliah Muslimat setiap Selasa jam 3.00 petang. Akan dimaklumkan.
  4. Iftar Ramadhan setiap hari, dijemput semuanya.
  5. Masjid tidak menyediakan moreh. Atas sumbangan persendirian atau tajaan sendirian. Juga bubur lambuk.
  6. Qiamullai 10 terakhir Ramadhan jam 4.00 pagi. Sahur disediakan.
  7. PERHATIAN. Pada 18 Mei 2019 (13 Ramadhan 1440h) Program / majlis ihya bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor bermula drpd Waktu Asar hingga lah witir. Program sumbangan kpd asnaf2 dan perasmian masjid kita. Dijemput semuanya hadir bersama. 
Klik pada jadual untuk besarkan.