Thursday, January 27, 2011

Kelebihan Ilmu

10 JAWAPAN ALI KEPADA KAUM KHAWARIJ
TENTANG KELEBIHAN ILMU

Suatu hari puak khawarij ingin menguji Sayidina Ali Abi Talib setelah mereka mendengar hadis yang mengatakan : “Aku adalah gedung ilmu, Ali pintunya”. Lalu mereka berpakat untuk bertanya Ali tentang ilmu berbanding dengan harta. Jika Ali memberi jawapan yang berbeza, ternyatalah keilmuan Ali.

Manakah lebih baik antara ilmu dengan harta:
  1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu adalah pusaka Anbiya, tetapi harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menjaga dirinya, tetap: harta perlu dijaga oleh tuannya.
  3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menyebabkan ramai kawan, tetapi harta menyebabkan banyak musuh.
  4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika diajar kepada manusia akan semakin bertambah, tetapi harta jika diberi kepada manusia akan semakin berkurangan.
  5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak menyebabkan seseorang itu menjadi mulia, tetapi harta yang banyak boleh menyebabkan bakhil.
  6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu tidak dicuri, tetapi harta boleh dicuri / takut dicuri.
  7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu akan menjadi syafaat / menolong tuannya pada hari akhirat, tetapi harta akan dihisab di akhirat.
  8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika dibiarkan lama tidak rosak, tetapi harta akan rosak.
  9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak akan menyebabkan hati manjadi lembut dan tawaduk, tetapi harta yang banyak menyebabkan hati jadi keras dan angkuh.
  10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu mewujudkan sifat kehambaan, iaitu menyebabkan seseorang menjadi hamba yang baik, takut untuk membuat benda-benda buruk / maksiat, tetapi harta akan menyebabkan seseorang itu rakus dan lupa kepada Allah / lupa tanggunggjawab.

Disusun oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
Petikan daripada laman Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching.

No comments: