Wednesday, July 29, 2020

PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN QURBAN

   
Bagi melaksanakan Ibadah Qurban ini pemohon perlu mematuhi SOP Jabatan Agama Islam Selangor. Pihak masjid perlu me- mohon kebenaran dan ke-lulusan untuk menjalankan Program Ibadah Korban dengan menyertakan Kertas Cadangan yang mengandungi maklumat berikut;
  1. Tarikh pelaksanaan
  2. Senarai Petugas Lelaki dan Wanita
  3. Jenis haiwan dan jumlah
  4. Lakaran lokasi pelaksanaan ibadah korban
Surat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) adalah syarat utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengeluarkan kelulusan kepada pihak masjid melaksanakan qurban.
 
 
     

Friday, July 17, 2020

MASJID DIBENARKAN SOLAT JUMAAT

 
 
 
Alhamdulillah pada 3 Julai bersamaan 11 Zulkaedah 1441, Masjid Taman Kosas telah dibenarkan solat Jumaat tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAIS.
Setiap jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing dan memakai pelitup muka (face mask).
Jemaah perlu merekod kehadiran nama, no. hp. dan suhu kedalam buku atau  boleh mengimbas kod QR (seperti gambar di bawah) yang disediakan pihak masjid.