Sunday, December 20, 2020

PKPB SELANGOR DILANJUTKAN HINGGA 31 DISEMBER

Kerajaan setuju melanjutkan PKPB di seluruh negeri kecuali di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang kembali diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
 

Saturday, November 28, 2020

MANTAN BILAL PAK RAHMAD TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

 
 
Dimaklumkan Arwah meninggal dunia pada petang Jumaat, 27 November 2020 bersamaan 11 Rabiulakhir 1442H di Hospital Ampang Putri. Jenazah Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana.
     

Wednesday, October 14, 2020

PKPB DILAKSANAKAN SELANGOR, KL DAN WP

Pada 12 Oktober 2020 kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober (Rabu) hingga 27 Oktober 2020.


 

Sunday, August 30, 2020

Saturday, August 15, 2020

Wednesday, July 29, 2020

PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN QURBAN

   
Bagi melaksanakan Ibadah Qurban ini pemohon perlu mematuhi SOP Jabatan Agama Islam Selangor. Pihak masjid perlu me- mohon kebenaran dan ke-lulusan untuk menjalankan Program Ibadah Korban dengan menyertakan Kertas Cadangan yang mengandungi maklumat berikut;
  1. Tarikh pelaksanaan
  2. Senarai Petugas Lelaki dan Wanita
  3. Jenis haiwan dan jumlah
  4. Lakaran lokasi pelaksanaan ibadah korban
Surat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) adalah syarat utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengeluarkan kelulusan kepada pihak masjid melaksanakan qurban.
 
 
     

Friday, July 17, 2020

MASJID DIBENARKAN SOLAT JUMAAT

 
 
 
Alhamdulillah pada 3 Julai bersamaan 11 Zulkaedah 1441, Masjid Taman Kosas telah dibenarkan solat Jumaat tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAIS.
Setiap jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing dan memakai pelitup muka (face mask).
Jemaah perlu merekod kehadiran nama, no. hp. dan suhu kedalam buku atau  boleh mengimbas kod QR (seperti gambar di bawah) yang disediakan pihak masjid.
 
 
 

Monday, May 25, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI NORMA BARU

S


emoga Allah menerima amalan kita disepanjang Ramadan ini dan menjadi kenangan yang terindah buat kita semua.
Pengorbanan semua amatlah dihargai dalam menjaga tatacara masjid semasa Covid-19 ini. Juga segala sumbangan tenaga dan wang ringgit kepada masjid, kami doakan semoga dibukakan pintu rezeki seluasnya dan diberkati Allah SWT. 
Sama-sama kita ikuti arahan yang telah dikeluarkan. Doakan yang terbaik agar kita dapat berjemaah bersama di masjid dalam masa yang terdekat ini. In shaa Allah, syukran.
     

Alhamdulillah, solat sunat Aidilfitri dan khutbah telah disampaikan oleh Imam 3.
Salam Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin.
Tulus ikhlas daripada kami:- Nazir, Pegawai dan AJK Masjid Taman Kosas Ampang, Selangor.

 

 

 

 

 

Banner ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Penduduk Taman Kosas Fasa 3 (PETAK).

Saturday, May 23, 2020

PKP - PANDEMIK KORONAVIRUS COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara.
Pada 16 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (movement control order) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

 

 Tahap PKP  Tarikh PKP Bermula  Tempuh
 PKP 1  18 Mac  2 minggu
 PKP 2  1 Apr  2 minggu
 PKP 3  15 Apr  2 minggu
 PKP 4 / PKPB  29 Apr  PKPB (Bersyarat) bermula pada 4 Mei
 PKPB 5  13 Mei  4 minggu, berakhir pada 9 Jun
 Jumlah hari  84 Hari  18 Mac hingga 9 Jun

Thursday, May 21, 2020

MASJID SUMBANG BANTUAN SEMASA PKP

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19), pihak masjid turut memberi bantuan dengan kerjasama Gerobok Runcit.
Sementara itu sumbangan dalam bentuk tunai juga diberi mengikut kawasan kediaman iaitu Flat Taman Kosas, Kg Dato' Mufti dan Kg Tengah, Taman Kosas Fasa 1, 2 dan 3 termasuk apartment Astaria dan Kasturi.

Friday, May 1, 2020

KEBAKARAN SURAU AL BARAKAH

Satu kebakaran telah berlaku di Surau Al Barakah Flat Taman Kosas. Kejadian berlaku pada 27 April jam 5.50 petang.
  
Pada 28 April YB Haniza Talha bersama dengan Tuan Shamsul Ma'arif Hj Ismail ahli Majlis MPAJ telah melakukan lawatan turut serta Nazir Masjid Taman Kosas Tn Hj Raja Shahrulhana.
Pengerusi surau En. Roslan menerangkan tentang kejadian yang berlaku kepada YB Haniza Talha.

Sunday, April 26, 2020

JOM BAYAR ZAKAT FITRAH

Kaunter zakat & fitrah telah dibuka di masjid Taman Kosas bermula 26 April (Ahad).
Ketua Penolong Amil Fitrah (KPAF) -
Ustaz Mohammad Al Ghofur (Imam 1)

Penolong Amil Fitrah (PAF) 1 -
En. Mohd Arus Bin Che Mat

Penolong Amil Fitrah (PAF) 2 -
En. Abd Samad Bin Md Arof