PANDUAN SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah fardu kifayah dan dilakukan secara berjemaah. 
a. Rukun Solat Jenazah 
  1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan 
  2. Berdiri bagi yang berupaya 
  3. Bertakbir empat kali 
  4. Salam 
1. Niat: 
Lafaz niatnya ialah:
Ertinya: “Sahaja aku bersolat atas mayat lelaki ini (mayat perempuan ini) empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala. 
2. Berdiri bagi orang yang mampu. 
3. Takbir sebanyak empat kali takbir 
4. Membaca AI-Fatihah selepas takbir yang pertama. 
5. Selawat ke atas Nabi S.A.W. 
6. Berdoa ke atas mayat 
7. Salam 

b. Cara (kaifiat) Solat Jenazah 
Jenazah hendaklah diletakkan di hadapan, kemudian imam berdiri di hadapan selepas jenazah. Sekiranya jenazah itu perempuan maka imam berdiri dekat dengan pinggangnya dan sekiranya jenazah lelaki, imam berdiri dekat dengan bahunya. 
  1. Pertamanya, hendaklah mengucapkan takbir ( serta berniat sebagaimana yang telah diterangkan. 
  2. Kemudian membaca surah al-Fatihah sampai tamat. 
  3. Mengucap takbir yang kedua, lalu membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. dan sekurang-kurangnya ialah:
  4. Mengucap takbir yang ketiga, lalu berdoa:
  5. Mengucap takbir yang keempat, kemudian berdoa:
    Ertinya : “Ya Allah janganlah Engkau halangi kami danpada mendapat pahalanya. jangan Engkau fitnahkan kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati dan juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman. Wahai Tuhan kami janganlah Engkau wujudkan rasa dengki di dalam hati kami terhadap orang yang beriman, sesungguhnya Engkau maha Lembut lagi Maha Penyayang"

  6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri dengan lafaz:

No comments: