Wednesday, March 25, 2020

KERJA-KERJA PEMBASMIAN COVID 19

   
   
   
   
   
   

Alhamdulillah, kerja-kerja pembasmian virus di masjid Taman Kosas telah dijalankan selepas Asar (jam 5.00 petang) oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Gambar-gambar di atas disiarkan dengan ihsan Nazir, Tn. Hj. Raja Shahrulhana.

Monday, March 23, 2020

PENUTUPAN MASJID

Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, semua masjid dan surau hendaklah merujuk kepada kenyataan akhbar DYMM Sultan Selangor.
klik Rujuk Sini
Notis ini ditampal pada pagar dan pintu masuk masjid untuk memaklumkan kepada jemaah serta orang awam.

Thursday, March 19, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 - 31 MAC

  Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, semua masjid dan surau hendaklah merujuk kepada kenyataan akhbar DYMM Sultan Selangor.
#COVID-19 KENYATAAN AKHBAR DYMM SULTAN SELANGOR
Titah berkuatkuasa pada 17 Mac 2020
  1. Solat Jumaat di Negeri Selangor ditangguhkan sehingga 17 April 2020*. Walau bagaimanapun Solat Jumaat wajib digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.
  2. Segala aktiviti di Masjid, Surau & Musolla seperti Solat Berjemaah, Ceramah & Kuliah Agama juga ditangguhkan sehingga 17 April 2020*.
  3. Laungan Azan tetap diteruskan.
  4. Semua digalakkan membaca Qunut Nazilah* bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT agar penularan Covid-19 ini segera berakhir.
Sentiasalah menjaga kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan.

Tuesday, March 3, 2020