Friday, January 14, 2011

Mesyuarat Agung Masjid

 الحمد لله, mesyuarat telah dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan dan berakhir pada 11.50 pagi. Syabas kepada pihak AJK yang telah berusaha dengan gigih dan berjaya untuk merealisasikan segala sasaran dan matlamat masjid yang telah dirancang.

Chart 1. Pendapatan

Sumber pendapatan masjid tertinggi adalah daripada sumbangan jemaah, kutipan Ramadhan dan MAIS iaitu lebih seratus ribu ringgit. Jumlah kutipan dan bayaran yang melebihi tiga puluh ribu ringgit adalah hasil daripada aktiviti seperti kursus, program kesihatan, ibadah qurban dan juga daripada JAIS dan PAID. Hasil tabung datang daripada peruntukan pembangunan dan dakwah.

Chart 2. Perbelanjaan

Peruntukan gaji dan elaun bagi Imam dan Bilal merupakan perbelanjaan yang tertinggi iaitu hampir enam puluh ribu ringgit. Saguhati bagi penceramah yang sentiasa istiqamah memenuhi jadual kuliah-kuliah Maghrib dan  Subuh juga memerlukan perbelanjaan yang besar.

No comments: