Monday, May 25, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI NORMA BARU

S


emoga Allah menerima amalan kita disepanjang Ramadan ini dan menjadi kenangan yang terindah buat kita semua.
Pengorbanan semua amatlah dihargai dalam menjaga tatacara masjid semasa Covid-19 ini. Juga segala sumbangan tenaga dan wang ringgit kepada masjid, kami doakan semoga dibukakan pintu rezeki seluasnya dan diberkati Allah SWT. 
Sama-sama kita ikuti arahan yang telah dikeluarkan. Doakan yang terbaik agar kita dapat berjemaah bersama di masjid dalam masa yang terdekat ini. In shaa Allah, syukran.
     

Alhamdulillah, solat sunat Aidilfitri dan khutbah telah disampaikan oleh Imam 3.
Salam Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin.
Tulus ikhlas daripada kami:- Nazir, Pegawai dan AJK Masjid Taman Kosas Ampang, Selangor.

 

 

 

 

 

Banner ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Penduduk Taman Kosas Fasa 3 (PETAK).

Saturday, May 23, 2020

PKP - PANDEMIK KORONAVIRUS COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara.
Pada 16 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (movement control order) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

 

 Tahap PKP  Tarikh PKP Bermula  Tempuh
 PKP 1  18 Mac  2 minggu
 PKP 2  1 Apr  2 minggu
 PKP 3  15 Apr  2 minggu
 PKP 4 / PKPB  29 Apr  PKPB (Bersyarat) bermula pada 4 Mei
 PKPB 5  13 Mei  4 minggu, berakhir pada 9 Jun
 Jumlah hari  84 Hari  18 Mac hingga 9 Jun

Thursday, May 21, 2020

MASJID SUMBANG BANTUAN SEMASA PKP

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19), pihak masjid turut memberi bantuan dengan kerjasama Gerobok Runcit.
Sementara itu sumbangan dalam bentuk tunai juga diberi mengikut kawasan kediaman iaitu Flat Taman Kosas, Kg Dato' Mufti dan Kg Tengah, Taman Kosas Fasa 1, 2 dan 3 termasuk apartment Astaria dan Kasturi.

Friday, May 1, 2020

KEBAKARAN SURAU AL BARAKAH

Satu kebakaran telah berlaku di Surau Al Barakah Flat Taman Kosas. Kejadian berlaku pada 27 April jam 5.50 petang.
  
Pada 28 April YB Haniza Talha bersama dengan Tuan Shamsul Ma'arif Hj Ismail ahli Majlis MPAJ telah melakukan lawatan turut serta Nazir Masjid Taman Kosas Tn Hj Raja Shahrulhana.
Pengerusi surau En. Roslan menerangkan tentang kejadian yang berlaku kepada YB Haniza Talha.