Thursday, March 19, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 - 31 MAC

  Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, semua masjid dan surau hendaklah merujuk kepada kenyataan akhbar DYMM Sultan Selangor.
#COVID-19 KENYATAAN AKHBAR DYMM SULTAN SELANGOR
Titah berkuatkuasa pada 17 Mac 2020
  1. Solat Jumaat di Negeri Selangor ditangguhkan sehingga 17 April 2020*. Walau bagaimanapun Solat Jumaat wajib digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.
  2. Segala aktiviti di Masjid, Surau & Musolla seperti Solat Berjemaah, Ceramah & Kuliah Agama juga ditangguhkan sehingga 17 April 2020*.
  3. Laungan Azan tetap diteruskan.
  4. Semua digalakkan membaca Qunut Nazilah* bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT agar penularan Covid-19 ini segera berakhir.
Sentiasalah menjaga kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan.

No comments: