Friday, September 23, 2011

Tahfiz Al-Fadhni

Alhamdulillah seperti yang telah dijadualkan, Kuliah Maghrib Ustaz M. Razi Asror dengan kitab "Hidayatul Salikin", kali ini bermula di Bab ketiga iaitu pada menyatakan menjauhi segala maksiat yang zahir (muka surat 151).

Ada dua syarat dalam Agama; pertama meninggalkan maksiat yang ditegah dan kedua melakukan ketaatan kepada Allah.

    Ada pun meninggalkan segala yang ditegah itu adalah yang sangat susah. Ia melibatkan anggota yang zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Ustaz menjelaskan tentang ayat ini yang juga digunakan dalam rawatan Islam sebagai ayat ruqyah.

    Di akhir kuliah Ustaz telah memberi sedikit info mengenai perkembangan Tahfiz Al-Fadhni dimana ustaz juga menguar-uarkan laman web sekolah tahfiz ini iaitu di www.alfadhni.com

    No comments: