Tuesday, July 10, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Masjid Taman Kosas mengalu-alukan muslimin dan muslimat sekelian untuk mengimarahkan masjid pada bulan Ramadhan ini. Pihak masjid telah menyediakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan (1433H).

 1. Gotong-royong membersihkan masjid 14 Julai, 8.00 pagi
 2. Kuliah Subuh (setiap Sabtu dan Ahad) Rujuk Jadual Kuliah
 3. Kuliah Dhuha Muslimin Rujuk Jadual Kuliah
 4. Kuliah Dhuha Muslimat Rujuk Jadual Kuliah
 5. Solat Sunat Tarawih 1 - 29 Ramadhan
 6. Tadarus berkumpulan Selepas Tarawih
 7. Tazkirah Ramadhan Selepas Rakaat ke-4
 8. Qiamulail berjemaah 10 malam terakhir
 9. Jamuan Berbuka Puasa 1 - 27 Ramadhan
10. Bersahur (10 Ramadhan terakhir) 5.00 - 5.30 pagi


 Makluman:
  • Solat sunat tarawih dipimpin oleh imam dari Akademi Imam Selangor (AIMS).
  • Tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh ustaz pilihan dan imam Masjid Kosas.
  • Tahlil dan doa selamat akan diadakan selepas Tarawih.
  • Penyertaan muslimin dan muslimat untuk program Tardarus Al-Quran sangat-sangat dialukan
  • Pihak Masjid mengalu-alukan sumbangan berupa kewangan, makanan atau minuman untuk program sepanjang bulan Ramadhan ini.
  • Masjid akan dibuka 24 jam bagi sesiapa yang ingin beriktikaf pada 10 malam terakhir ramadhan.


Wassalam
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ikhlas dari seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Kosas

No comments: