Tarikh: 20.5.2009 ; 17. 6. 2009 ; 05.8.2009
Ustaz telah menerangkan syarat-syarat sah solat berjamaah ini secara-cara beransur-ansur pada tarikh-tarikh di atas.
Syarat-syarat sah Solat Jamaah bagi solat-solat Waktu
Apakah syarat-syarat sah solat berjamaah?
Syarat-syarat sah solat jemaah adalah:
- Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.
- Makmum mengemudiankan kedudukan, bacaan dan per-buatan daripada imam.
- Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat ataupun mendengar imam ataupun melihat makmum di hadapannya.
- Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.
- Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah lapang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.
- Solat makmum perlu muafakat ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.
- Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.
- Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu orang tidak tahu membaca, perempuan dan sebagainya.
- Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmum kepada imam yang lain.
- Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dua rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur atau pun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.
Tarikh: 4. 2. 2009
Dalam kita mengerjakan Ibadah hendaklah ada dengan syarat-syaratnya.
Ada 4 syarat yang diberikan oleh ustaz.
- Setiap abid/orang itu mestilah muslim. Sememangnya orang kafir itu jahat tetapi orang jahat tak semestinya kafir.
- Setiap orang mestilah mengetahui setiap teknik ibadat yang hendak dilakukan. Maka adalah wajib bagi setiap individu muslim menuntut ilmu.
- Setiap ibadat yang dibuat mesti ada nas (Sunnah Rasulullah S.A.W.)
- Setiap orang yang buat ibadat itu mestilah ikhlas.