Di salin dari blog Abu Raihanah Al-Banjari
Keadaan :
Seorang imam telah menambah bilangan rakaat disebabkan oleh keraguan terhadap bilangan rakaat sama ada ianya mencukupi atau tidak, bagaimanakah penyelesaian terhadap masalah ini kepada imam dan makmum?
Jawapan :
Bagi imam, perbuatannya menambah bilangan tersebut tidak menjejaskan solatnya disebabkan oleh keperluan untuk menambah bilangan rakaat seandainya seseorang itu tidak yakin ( ragu ) sama ada bilangan rakaat solatnya cukup atau tidak, dan dituntut ke atasnya selepas daripada itu untuk melakukan sujud sahwi.
Bagi makmum, di sana ada 3 keadaan:
- Seandainya seseorang itu menyedari akan kesilapan yang dilakukan imam (menambah akan bilangan rakaat), maka baginya mufaraqah daripada imam (memisahkan dirinya dari mengikuti akan imam) dengan tidak mengikuti imam tatkala dia bangun menambah bilangan rakaat yang diraguinya.
Dan dalam hal mufaraqah dibolehkan baginya (makmum) dua keadaan sama ada menyudahkan solat dengan memberi salam (selepas membaca tahiyat akhir) tanpa menunggu imam atau dia menunggu imam (pada duduk tahiyah akhir) sehingga imam memberi salam, lalu makmum memberi salam bersama-sama dengan imam. - Seandainya makmum tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan imam (menambah bilangan rakaat) atau ragu dengan bilangan rakaat, ke atasnya untuk menuruti perbuatan imam sehinggalah imam memberi salam.
- Seandainya makmum menyedari kesilapan yang dilakukan oleh imam, namun tetap menuruti imam pada menambah bilangan rakaat : maka bagi makmum dalam keadaan ini ada dua pendapat :
- Ada yang berpendapat bahawa makmum itu terbatal solatnya kerana menambah rukun solat dengan sengaja.
- Dan ada yang berpendapat tidak batal solat mereka bahkan harus dia menuruti imam atas dalil :إنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُواSesungguhnya dijadikan imam itu untuk menyempunakan dengannya apabila dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu semua, apabila dia membaca, maka hendaklah kamu diam"
Difahami dari mafhum hadith ini bahawa ke atas makmum supaya menuruti perbuatan imam.
Rujukan : Fatwa Lajnah Daimah, namun pendapat Abd Aziz bin Baaz sehingga kepada keadaan kedua sahaja yang diterima solatnya, tidak yang ketiga. Pendapat yang ketiga saya ambil daripada pandangan guru-guru saya, dan sahabat-sahabat dalam membahaskan masalah ini beserta dengan dalil daripada mereka. Wallahu a'lam.