View Masjid Taman Kosas in a larger map
Sebuah lagi masjid terletak di fasa 2 iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1992 yang berasal daripada sebuah rumah dan sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah perempuan yang ingin melihat sebuah tempat ibadat masyarakat Islam wujud di Taman Kosas.
Hasil daripada usaha gigih penduduk di situ, bermula dari sebuah surau akhirnya Masjid Fatimah az-Zahra telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk diadakan solat Jumaat.
Apa yang menarik, sepanjang masjid ini beroperasi, segala perbelanjaan pengurusan termasuk gaji untuk Imam dan bilal dibayar melalui hasil infak jamaah dan orang ramai serta tidak pernah mendapat bantuan daripada jabatan agama.
Sekarang dewan solat Masjid ini telah diperbesarkan dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.
(gambar di atas adalah gambar terbaru dan di bawah pada tahun 2008)