Ust. Shaari Che InMenurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, solat terbahagi kepada empat
bahagian iaitu:
1. Solat Fardhu Ain
2. Solat Fardhu Kifayah
3. Solat Sunat
4. Solat Makruh
1. Solat Fardhu Ain- Solat orang yang hadir, yang mukim pada satu tempat, kawasan ataupun kediaman
- Solat orang yang musafir
- Solat Jamak bagi musafir dan hari hujan
- Solat Jumaat
- Solat di dalam keadaan ketakutan atau waspada seperti di dalam peperangan yang belum mengikuti (turut) di dalam peperangan itu
- Solat di dalam keadaan sangat takut atau waspada yang sudah terjadi dan turut serta di dalam peperangan itu dan di dalam keadaan yang tidak aman
- Solat Qadha (ganti) solat fardhu yang ditinggalkan
- Solat orang sakit
- Solat I'adah dua kali kerana rosak solat yang pertama
- Solat orang ma'zur iaitu yang diuzurkan (iaitu solat mereka yang ketiadaan air dan tanah)
2. Solat Fardhu Kifayahi. Solat Jenazah
ii. Solat berjemaah
3. Solat Sunat- Solat Sunat kedua-dua hari raya (Aidil Adha dan Aildi Fitri)
- Solat Sunat gerhana bulan dan matahari
- Solat Sunat mohon hujan
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Istikharah
- Solat Sunat Tarawih
- Solat Sunat Tahiyatul Masjid
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Zawal
- Solat Qadha solat sunat
- Solat Sunat balik dari bermusafir
- Solat Sunat Wudhu
- Solat Sunat Azan
- Solat Sunat Muthlaf
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Tawaf
- Solat Sunat tatkala hendak keluar rumah dan kembali
- Dan lain-lain lagi
4. Solat Makruh- Solat di dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil atau buang angin
- Solat di dalam keadaan yang sangat lapar (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
- Solat di dalam keadaan yang sangat dahaga (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
- Solat di dalam keadaan yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir makanan di hadapannnnya atau hampir hadir (dihidangkan)
- Solat di dalam keadaan yang sangat mengantuk
- Solat tidak di dalam shaf
- Solat walhal jemaah sudah berdiri
- Solat pada waktu karahiyah, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab.
Perkara ini juga disebut dengan Waktu Tahrim1
(diringkaskan daripada kitab Bughyatul Thullab, halaman 108 sehingga 111,
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani)
Waktu Tahrim1 (waktu yang diharamkan solat)
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman
30 sehingga 32
Di salin daripada: /groups.yahoo.com/group/Iqrak/