فصل يڠ كتيڬ ڤد مڽاتاكن ليده
Ust. Surizal Abd. Rahim
(ms. 10)
Saturday, May 29, 2010
Wednesday, May 26, 2010
UST SHAARI CHE IN
Ustaz menyentuh pegangan tauhid dan kaitannya dengan solat.
Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan enam (6) sifat,
menghimpunkan Nafi dan Isbat pada sifat2 sebelumnya
Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan enam (6) sifat,
- Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud.
- Sifat Salbiyah iaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhubinafsihi, Wahdaniat.
- Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam.
- Sifat Ma’nawiah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun, Muttaqalimuun.
- Sifat Istighna, iaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun, Muttakallimun.
- Sifat Iftiqar, iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Qodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Wahdaniah.
menghimpunkan Nafi dan Isbat pada sifat2 sebelumnya
Tuesday, May 25, 2010
Wednesday, May 19, 2010
PERMASALAHAN AQIDAH TAUHID
Ust Ishak Din
19.05.2010 (5 Jamadil Akhir 1431)
Mukadimah kuliah berkaitan beberapa perkara yang dilakukan di dalam solat tetapi tidak membatalkan solat.
Sambungan pada m.s. 8, Apakah faedah dan tujuan ilmu tauhid?
1. Kenal Allah.
Wajib kenal kerana ia adalah ilmu fardhu ain.
Awal agama adalah mengenal ALLAH - Awaluddin Makrifatullah
3 unsur hendak mengenal Allah:
Yakin, Tepat (Betul) dan Bukti (dalil).
Rujuk Mengenal Allah
5. 05. 2010 (21 Jamadil Awal 1431)
Ustaz memberi 8 soalan berkaitan tauhid.
Apakah itu Tauhid? اڤاكه ايت توحيد؟
Tauhid adalah salah satu komponen aqidah yang menjadi teras kepada umat Islam.
Ia adalah aqidah atau asas agama yang membentuk keimanan atau kepercayaan yang menegakkan syahadah atau pengakuan kita kepada kalimat 'La ilaha illallah' Tiada Tuhan selain Allah YAng Esa.
Perbezaan Zat & Sifat
Rujukan:
19.05.2010 (5 Jamadil Akhir 1431)
Mukadimah kuliah berkaitan beberapa perkara yang dilakukan di dalam solat tetapi tidak membatalkan solat.
- Menambah rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ ) tanpa sengaja (Rukuk, I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud)
- Menambah rakaat dengan terlupa.
- Menambah atau mengulang rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ ) dengan sengaja (Membaca al-Fatihah )
- Memandang kearah kekiri atau kekanan.
- Mengaru-garu dengan menggunakan jari-jemari.
- Berjalan melebihi 3 langkah tanpa berturut-turut atau mengaru-garu. Solat berjamaah jika Imam batal harus sahaja untuk diganti.
- Batuk, menguap atau bersin.
- Tidak khusyuk, teringat benda/perkara yang lalai.
- Meninggalkan perkara-perkara yang sunat termasuk sunat Ab'aah ( أبعاض ). Sunat Ab'aah ialah apabila meninggalkannya diganti dengan sujud sahwi.
- Mendatangkan syak (ragu) dalam dirinya serperti rasa keluar anagin atau tidak atau menahan kentut.
Sambungan pada m.s. 8, Apakah faedah dan tujuan ilmu tauhid?
1. Kenal Allah.
Wajib kenal kerana ia adalah ilmu fardhu ain.
Awal agama adalah mengenal ALLAH - Awaluddin Makrifatullah
3 unsur hendak mengenal Allah:
Yakin, Tepat (Betul) dan Bukti (dalil).
Rujuk Mengenal Allah
5. 05. 2010 (21 Jamadil Awal 1431)
Ustaz memberi 8 soalan berkaitan tauhid.
- Mustahil Allah Taala itu buta? Jawapannya adalah salah, yang salah itu mustahil, melainkan wajib. Mustahil Allah itu buta sejak Azali (yang betul).
- Malakait adalah satu zat yang paling halus yang dicipta oleh Allah dari cahaya (nur). Ianya salah, bukannya zat yang betulnya ialah jisim yang halus.
- Tidak wajib bagi Allah Taala balas baik kepada orang yang berbuat baik. Betul.
- Mustahil Allah Taala mengetahui sesuatu yang mustahil. Salah, sebab tidak mustahil bagi Allah.
- Zat Allah, sifat Allah dan makhluk semuanya bersifat Kadim (kekal). Salah, Zat dan Sifat itu betul.
- Allah Taala amat berkuasa membuat sesuatu termasuk benda yang mustahil. Jawapannya salah.
- Mempercayai tentang kerasulan nabi Muhamad S.A.W, adalah termasuk rukun Islam yang kelima. Salah, yang betul ialah mengaku (pengakuan). Percaya itu adalah rukun Iman.
- Mustahil manusia kenal Allah. Salah, manusia adalah wajib mengenal Allah.
Apakah itu Tauhid? اڤاكه ايت توحيد؟
Tauhid adalah salah satu komponen aqidah yang menjadi teras kepada umat Islam.
Ia adalah aqidah atau asas agama yang membentuk keimanan atau kepercayaan yang menegakkan syahadah atau pengakuan kita kepada kalimat 'La ilaha illallah' Tiada Tuhan selain Allah YAng Esa.
Perbezaan Zat & Sifat
Rujukan:
- Permasalahan Aqidah Tauhid; Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato' Dr. Harun Din
- Tauhid as-Salaf as-Soleh; Hj. Abdul Malek bin Husin
Monday, May 17, 2010
VCD - Ceramah Ustaz Kazim Alias
Saturday, May 15, 2010
3 DALAM 1
Kuliah Subuh
Ust. Amran Talib
Kitab: Bustanul 'Arifin karangan Imam An-Nawawi yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala".
Kuliah Duha
Ust. Abdullah Al-Iraqi
Kitab: Bulughul Maram
Ustaz menerangkan hadis ke-37. Dari Humran, bahawasanya Uthman pernah meminta air wuduk, lalu dia cuci dua tangannya 3 kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung dan menghembuskannya, kemudian dia cuci mukanya 3 kali, kemudian dia cuci tangannya yang kanan sampai siku 3 kali, kemudian yang kiri seperti demikian, kemudian dia mengusap kepalanya, kemudian dia cuci kakinya yang kanan sampai mata kaki 3 kali, kemudian yang kiri sedemikian, kemudian ia berkata: Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. berwuduk seperti wuduk saya ini. (muttafaq alaihi)
Kuliah Maghrib
Ust. Fadhli Ismail
Kitab: Tafsir Surah Juzuk 30
Surah Al-Maun bermaksud "Pertolongan" adalah surah ke 107 dan mengandungi 7 ayat.
Terjemahan ayat;

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
.:.Ustaz hanya sempat memberi penjelasan tafsir dari ayat 1 hingga 3 sahaja.Klik untuk dengar bacaan surah Al-Maa'uun.
Sunday, May 9, 2010
Karnival Kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)