UST ISHAK DIN Kuliah selepas Maghrib pada 2.6.2010 dan 16.6.2010 ustaz memberi penjelasan berkaitan jenis solat-solat sunat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis.
Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, i - Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum mendirikan solat fardu) ii - Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas menunaikan solat fardu)
Solat Witir (Ganjil)
dilakukan selepas solat Isya'
Solat Tahajud
golongan solat yang didirikan pada waktu malam
Solat Dhuha
waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
Solat Tarawih
Solat tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan waktunya di antara ‘Isya’ dan Subuh dan sebelum witir.
Solat pada dua hari raya i - Aidil fitri (raya fitrah) dilakukan lewat sedikit ii - Aidil adha (raya qurban) diawalkan solatnya
II. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab
Solat Tahiyatul Masjid
Solat menghormati masjid. Dilakukan bila-bila masa sebab masuk masjid (sebab terdahulu) iaitu masuk dahulu ke dalam masjid sebelum duduk kecuali Masjidil Haram.
Solat Sunat Ihram Sebab terkemudian, dilakukan selepas terbit matahari sebelum Asar.
Solat Sunat Kahwin (nikah) Sebab terdahulu boleh dilakukan selepas Asar.
Solat Sunat Gerhana Sebab terdahulu.
Solat Sunat Wuduk Sebab terdahulu.
III. Solat-solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab
Solat sunat tasbih
Solat sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siangWaktu yang diharamkan solat (ada 5)
Selepas solat Subuh
Waktu syuruk (terbit matahari)
Waktu matahari tegak
Selepas solat Asar
Waktu matahari terbenam
Solat yang tidak boleh dilakukan pada waktu di atas ialah solat-solat sunat yang mempunyai sebab terkemudian.
Solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat Tasbih
Kursus Kesempurnaan Solat/Tahsinul Solat Pada 5 & 6 Jun (2 hari 1 malam) untuk remaja berusia 13 tahun ke atas. Anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Taman Kosas. Rasional kursus ialah memberi pendedahan bagi meningkatkan kefahaman mengenai perlaksanaan solat secara teori dan pratikal dan kelebihannya di dalam membina syakhsiah diri yang sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.