Thursday, August 19, 2010

Tazkirah Ramadhan malam kesembilan

Ust. Ishak Din
(8 Ramadhan = 18 Ogos)
Hari Rabu hari yang kelapan kita berpuasa dan malam kesembilan kita mengerjakan solat sunat terawih.
Sudah ramai ustaz yang telah membincangkan berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh yang demikian ustaz pula menerangkan apakah perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa. Ada 10 perkara yang tidak membatalkan puasa.
  1. Berbekam atau suntik
  2. Menelan air liur yang bersih
  3. Mencabut gigi atau berkumur-kumur (makruh)
  4. Pitam yang tidak menhabisi sepanjang hari
  5. Muntah tidak sengaja
  6. Makan atau minum walaupun sampai kenyang (lupa)
  7. Sengaja merasa makanan yang di masak
  8. Mimpi bersetubuh disiang hari
  9. Bersahur. Syak bersahur tidak batal puasa (sebab asal malam) tetapi syak berbuka batal puasa (sebab asal siang)
  10. Niat puasa siang hari. Niat siang hari tidak jadi puasa walaupun tidak membatal puasa.

Saturday, August 14, 2010

Catatan Tazkirah Ramadhan

1 Ramadhan (Selasa malam Rabu)
Ustaz Fazlul Rahimi Maarop
Ustaz memulakan dgn membaca ayat 183 (Surah Al-Baqarah) >"Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar
>kamu bertakwa". Di negeri Selangor adalah menjadi kewajipan bagi Masjid dan surau untuk megadakan tazkirah pada solat terawih dan adalah wajib bagi kita mendengarnya. Kemudian ustaz menerangkan satu hadis nabi Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”

Monday, August 9, 2010

Panduan Puasa Ramadhan

Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
    “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

Baca seterusnya PanduanPuasaRamadhan

Sunday, August 8, 2010

Jadual Tazkirah Ramadhan

جدوال تذكرة بولن رمضان



Nota penting:
  1. Majlis berbuka dan moreh setiap hari disediakan.
  2. Solat Maghrib bermula selepas 15 minit berbuka.
  3. Solat terawih 8 rakaat diselangi tazkirah 30 minit selepas 4 rakaat.
  4. Tahlil arwah diadakan setiap hari selepas solat witir.
  5. Tadarus Quran untuk muslimin, muslimat dan remaja diadakan selama sejam setiap hari selepas tahlil sehingga 25 Ramadhan.
  6. Qiamullail akan diadakan pada sepanjang 10 malam terakhir, bermula pada 4 pagi dan selesai pada 5.15 untuk bersahur. Sahur disediakan oleh pihak masjid.
  7. Takbir di masjid dan rumah-rumah terpilih pada malam raya bermula dari jam 9.30 malam sampai ke tengah malam raya.

Monday, August 2, 2010

Forum D'Ambang Ramadan

Pada 1 Ogos (20 Sya'ban 1431H) pihak Masjid telah mengadakan Forum D' Ambang Ramadan. Ahli panelnya terdiri daripada Ust. Dr. Roslan Mohamed, Ust. Haryanto Rizal dan Ust. Raihan Abd. Aziz sebagai moderator. Oleh kerana Ust. Haryanto Rizal tidak dapat hadir maka forum ini di tukar kepada diskusi dengan dimulakan oleh Ust. Raihan.

PERSIAPAN RAMADAN
Ustaz Raihan menyatakan sebelum kita menghadapi Ramadan selesaikan 3 perkara ini iaitu menqadha puasa, kifarah (jika jimak di siang hari) dan fid'yah. Maka untuk itu ilmu mestilah ada.

Kemudian Ustaz Roslan memberitahu tntang 3 kelompok manusia yang pertama merasa kecewa dengan kedatangan Ramadan, golongan yang tidak merasa apa-apa (sama shaja denga bulan-bulan yang lain) dan yang ketiganya golongan yang gembira. Ustaz juga mengulas silap anggap terhadap Ramadan oleh segelintir masyarakat.

Seterus Ustaz Raihan menerangkan tentang maksud talkin iaitu untuk orang yang hidup. Kita sentiasa diulang-ulang dengar kepada ilmu atau pendidikan iaitulah secara talkin. Menyentuh tentang sejarah pensyariatan berpuasa yang diturunkan pada tahun kedua Hijrah. Di fardukan berpuasa bagi orang yang beriman (Ayat....). Ustaz juga mengingatkan tentang selepas ayat kefarduan berpuasa ada pula ayat yang berkaitan dengan hukum qisas (Ayat....).

Kembali pula kepada Ustaz Roslan dengan memberi penjelasan Ramadan sebagai bulan untuk berubah. Ustaz juga mengulas tentang maksud hadis yang sangat popular setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu berkaitan dengan pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat (rantai). Hadis dari.....
Maksud pada hadis tersebut adalah tentang kualiti puasa seseorang itu. Kualiti puasa itu dapat mengikat daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Sebelum Ustaz mengakhiri diskusi, beliau telah memberi beberapa sikap-sikap negatif orang melayu terhadap puasa.
Sebaliknya hendaklah kita jadi watak ulama'.

Ustaz Raihan pula menerangkan satu hadis nabi tentang doa yang kepada Aisyah. Minta syurga dan hindar neraka. Apa tujuan atau matlamat puasa? untk mencapai takwa. Oleh itu terdapat 7 martabat puasa: Muslim --> Iman (Mukmin) --> Amal (Solehin) --> Takwa (Muntaqin) --> Mukarabin ---> ...... ---> .......
Sebagai penutupnya ustaz memngajak hadirin jangan kita terlalu asyik memikirkan tentang sah atau tidak sah puasa itu sebaliknya renungkanlah adakah puasa kita yang lepas dan yang akan datang ini akan diterima Allah.