Monday, October 31, 2011

Talk Show: Jom U-Turn













Ust Farhan Suhut
(Pensyarah Universiti, Timbalan Nazir Masjid As-Sobirin di Lembah Keramat
Ulu Kelang, Selangor)
Sham Kamikaze
(Guitaris Kumpulan Kamikaze, bekas Guru Muzik Akademi Fantasia)
Diana Amir
Irma Hasmie

Wednesday, October 26, 2011

Guru, pelajar agama raih pahala kebajikan

  1. ILMU tidak datang sendiri, justeru ia mesti dipelajari dan dituntut daripada sumbernya yang sebenar. Sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Mengapa tidak pergi daripada tiap golongan di antara mereka beberapa orang mendalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama..." (Surah At-Taubah ayat 122).
  2. Manusia tidak semuanya mampu tumpu sepenuh masa untuk mendalami ilmu agama. Jika demikian, usaha mesti dilakukan oleh ahli masyarakat (jemaah) untuk menghantar dan membiayai beberapa orang, melanjutkan dan mendalami ilmu agama.
  3. Firman Allah SWT di atas itu secara jelas menghendaki supaya segolongan ahli masyarakat pergi mempelajari clan mendalami ilmu agama. Hingga mereka mencapai tahaf 'Ahlazzikri', untuk menjadi tempat rujukan dalam masyarakat. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertanyalah kepada 'Ahlazzikri' jika kamu tidak mengetahui." (Surah An Nahl ayat 43)
  4. 'Ahlazzikri' bererti orang yang ahli dalam ilmu wahyu (al-Quran), yang sentiasa ingat kepada Allah SWT. Justeru itu ahlazzikri menjadi tempat rujukan oleh anggota masyarakat, dalam menghuraikan sesuatu kemusykilan perkara agama. 
  5. Zikrullah
  6. Zikrullah bukan sekadar lidah mereka menyebut nama Allah SWT, tetapi ingat segala peraturan dan hukum hakam yang bersangkutan dengan agama-Nya.
  7. Seperti ingat pahala dan dosa, syurga dan neraka, rahmat dan ghadhab (murka)-Nya, nikmat dan azab-Nya, ingat para malaikat, para anbiya dan para rasul a.s.
  8. Orang yang sebenar-benar ingat kepada Allah SWT, ialah mereka yang sentiasa memelihara syariat serta hukum hakam halal dan haram, sah dan batal sesuatu amal ibadah berasaskan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.
  9. Merekalah `Zakir liLlah' (orang yang sentiasa ingat Allah SWT), meskipun ketika lidahnya tidak menyebut sebarang lafaz Jalallah.
  10. Seseorang yang sentiasa ingat hukum halal haram dan lain-lain lagi, menjadi bukti bahawa dihati mereka sentiasa tersemat ingatan terhadap Allah SWT (al-Quran). Kedua-dua ayat di atas jadi dalil dan hujah kepada manusia supaya mempelajari ilmu al¬Quran.
  11. Selepas dalil berdasarkan firman Allah SWT, diikuti pula dengan hadis (sunnah) Rasulullah s.a.w. Kerana Nabi s.a.w. adalah manusia pertama yang mampu dengan tepat mentafsirkan al-Quran.
  12. Justeru Nabi s.a.w. memperkatakan keutamaan menuntut ilmu pengetahuan, kerana baginda yang mengetahui betapa pentingnya ilmu wahyu itu, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Barang siapa menempuh satu jalan (dengan tujuan) untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga."
  13. Kepada orang yang menempuh perjalanan menuntut ilmu pengetahuan, yang mendekatkan diri dengan Allah Azza wa Jalla, akan diberi balasan oleh Allah SWT dengan dipimpin menuju syurga.
  14. Jika seseorang pergi ke sesuatu destinasi, terpaksa bertanya dengan orang yang biasa pergi ke tempat tersebut. Apatah lagi perjalanan untuk ke syurga, pasti bertanya dengan orang yang tahu mengenainya.
  15. Allah SWT menghantar Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia, menunjuk peta bagaimana jalannya untuk menuju ke syurga.
  16. Satu cara untuk mendapat pimpinan bagi menuju ke syurga ialah seperti yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w.; ialah berusaha menempuh jalan menuntut ilmu pengetahuan, khususnya ilmu tentang bagaimana cara mendampingkan diri dengan Allah SWT.
  17. Jika Tuhan Yang Mencipta syurga, berjanji hendak memimpin seseorang dan menunjukkan jalan ke syurga, maka alangkah bertuahnya orang itu, iaitu orang yang sentiasa berusaha menuntut ilmu pengetahuan.
  18. Ilmu
  19. Menuntut ilmu dengan cara bagaimana sekalipun, sama ada dengan cara menghadap tok guru dengan cara membaca kitab atau buku. Yang penting ikhtiar untuk mendapatkan ilmu mesti dilakukan, ibarat orang yang meneroka jalan menuju ke syurga.
  20. Bagi sesetengah orang amat sukar untuk mendapat ilmu, meskipun telah berusaha belajar dengan tekun. Namun janji Nabi s.a.w. ialah mengenai ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang dalam usahanya untuk mendapat ilmu, maka usahanya itu tetap bernilai di sisi Allah SWT.
  21. Sabda Nabi s.a.w. lagi yang berkaitan dengan keutamaan menuntut ilmu, yang bermaksud: "Andai kata kamu berangkat untuk mempelajari satu bab daripada ilmu pengetahuan (yang membolehkan kamu mengenali Allah SWT), adalah lebih utama daripada kamu melakukan solat sunat 100 rakaat."
  22. Melakukan solat sunat l00 rakaat hingga tertinggal menutut ilmu pengetahuan, l00 rakaat itu tidak dapat mengatasi nilai menuntut ilmuwahyu, walau hanya satu bab daripada ilmu agama.
  23. Seratus rakaat solat sunat itu belum tentu diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang baik, dua rakaat yang dilakukan setelah menguasai ilmu pengetahuan, sudah pasti lebih baik dari 1000 rakaat tanpa ilmu pengetahuan.
  24. Ini menunjukkan kelebihan menuntut ilmu pengetahuan, ibadat mesti berasaskan ilmu. ibadat tanpa ilmu tiada nilai di sisi Allah SWT.
  25. Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim."
  26. Abu Darda r.a. ketika mengulas hadis nabi S.A.W. itu berkata: "Orang alim (tok guru) dan orang yang menuntut ilmu pengetahuan itu adalah dua insan yang berkongsi dalam kebajikan. Kehidupan orang yang selain daripda kedua-duanya (tidak mengajar dan tidak belajar) adalah sia-sia belaka."
____________________________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
FIKRAH • 19 - 22 ZULKAEDAH 1432 / 17 - 20 OKTOBER 2011

Saturday, October 22, 2011

Pembinaan pejabat dan kedai

Pembinaan bagi menyiapkan satu blok yang mengandungi dua unit, satu unit sebagai pejabat masjid dan sebuah unit lagi untuk kedai serbaguna (di bawah koperasi masjid). Ia dibina bersebelahan bilik wudhu wanita.

Friday, October 21, 2011

Kuliah Maghrib Ust Farhan Suhut

Ahad 16-10-2011 (18 Dzulkaedah 1432)
Kitab AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH hasil susunan YM Tuan Haji Said Ibrahim, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
"Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath
at ceremony to mark his conversion to Islam at
a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday
".
Sebelum memulakan kuliah ustaz membawa satu  kisah bagaimana seorang askar Korea dengan hanya melihat orang Islam sembahyang, membuatkan diri nya teruja dengan pergerakan solat dan mempraktikannya dan ternyata membuatkan ketenangan terhadapnya dan terus masuk Islam. Maklumat lanjut boleh dibaca di Greenboc , Forum Putra Mahkota dan  China daily. (Berita ini telah pernah di "post" di Internet pada 20 Jun 2004 dengan tajuk "Ahead of Iraq Deployment, 37 Korean Troops Convert to Islam").
Kisah yang diceritakan oleh ustaz di atas ada kaitan dengan pengisian kuliah yang akan disampaikannya. Pengajian kitab sambungan di muka surat 33 iaitu mengukuhkan keyakinan beragama. Keyakinan terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam dalam semua aspek yang diperlukan oleh manusia. Keimanan dan keyakinan yang sangat tinggi terhadap kesempurnaan Islam bukan sahaja tinggi dilihat dari aspek kerohanian malah Islam merupakan sistem yang dapat mengatur dan menyusun urusan keduniaan.

Saturday, October 15, 2011

Tafsir Surah Juzuk 30

Kuliah Maghrib (15-10-2011)
Ustaz Mohd Fadhli Ismail
Surah 102: AT-TAKAATHUR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1)

Sehingga kamu masuk kubur. (2)

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)

Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4)

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)

(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)

Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)

Huraian daripda ustaz.
Apakah itu harta? Berkaitan dengan Harta sebenar yang kita punyai/
  1. Apa yang kamu makan sehingga habis.
  2. Pakaian yang dipakai sehingga lusuh dan
  3. Apa yang disedekah sehingga kebaikannya terus mengalir.

Friday, October 7, 2011

40 hadis Peristiwa Akhir Zaman

Kuliah Maghrib (Jumaat - 7.10.11)
Ustaz Ahmad Shukri Ismail

Buku "40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.

Hadis ke 8
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU (H.R.HAKIM)
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah
  1. terlalu banyak seronok
  2. terlalu mewah
  3. menghimpun harta sebanyak mungkin
  4. tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
  5. saling memarahi
  6. hasud menghasud sehingga zalim menzalim

Sunday, October 2, 2011

Jadual Kuliah Oktober/Dzulka'edah 1432

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Sabtu 3 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya


Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 2 Ahad 4 Subuh Ust Surizal A. Rahim* Penawar bagi Hati

Maghrib Ust Zukifli Shaari Umum
 3 Isnin 5 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 4 Selasa 6 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 5 Rabu 7 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 6 Khamis 8 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Bacaan Yasin
 7 Jumaat 9 Khutbah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Ahmad Shukri Ismail 40 Petanda Akhir Zaman
 8 Sabtu 10 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Mohd. Ghhoffur Hadis 40 Imam Nawawi
 9 Ahad 11 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam

9.00pg
Dhuha Ust Yusof Embong Kuliah Dhuha Bulanan



Maghrib Ust Abu Dzar Mamat Tafsir Al-Munir
10 Isnin 12 Maghrib Ust Ahmad Subki Osman Tajwid Al-Qur'an
11 Selasa 13
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
12 Rabu 14 Maghrib Ust Nazeri Mustapha** Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
13 Khamis 15 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur -Bacaan Ya'sin
14 Jumaat 16 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust - -
15 Sabtu 17 Subuh Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
16 Ahad 18 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
17 Isnin 19 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
18 Selasa 20 Maghrib Ust Mohd Ghaffor Riyadhussolihin
19 Rabu 21 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
20 Khamis 22 Maghrib Bacaan Yaasin Ust Mohd Ghhoffur Daud
21 Jumaat 23 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
22 Sabtu 24 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha** Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
23 Ahad 25 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al-Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
24 Isnin 26
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
25 Selasa 27
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
26 Rabu 28
Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
27 Khamis 29
Maghrib Bacaan Yaasin
28 Jumaat 30
Khutbah Ust- -



Maghrib Ust M Razi Asror Hidayatul Salikin
29 Sabtu 1
Subuh Ust Pauzi Abd Kadir Tafsir Sya'rawi



Maghrib - -
30 Ahad 2
Subuh Ust Idris Ahmad Umum



Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah Ahlus Sunnah
________________________
*   - Kuliah dibatalkan
** - Ust Nazeri mengerjakan Haji

Saturday, October 1, 2011

Panduan Solat Jemaah dan Solat Musafir

Ustaz Zakria Ahmad
Kuliah Dhuha
Masjid Fatimah Az-Zahra
Harga buku: RM10.00